Selepas menghadap buku latihan, aku nak rehatkan otak kejap, jadi macam biasalah aku melepak kat Chatroom. Sedang asyik 'mengorat' awek-awek yang aku sendiri pun tak tahu cun ke tidak, tiba-tiba Izam kacau nak pinjam Pendrive. Aku cari-cari kat meja pendrive tu, tapi aku tak jumpa. Baru aku ingat, Pendrive aku tertinggal kat bilik Ari. Aku pun suruhlah Izam ambil kat bilik Ari. Kisahnya pendrive tu tertingal kat bilik Ari sebab nak minta
Software SPSS.
Tiba-tiba aku dengar Izam jerit panggil nama aku. Suara macam cemas. Aku pula berlenggang je jalan sebab aku tak fikir apa pun. Aku siap main, "Chak!" masa jenguk kat pintu. Tapi senyuman aku terus hilang bila aku tengok Ari sedang duduk di atas meja tulis nye, dan letak kepala atas lengan macam orang tertidur tu tapi mukanya pucat sangat. Aku kejut dia banyak kali, tapi dia tak sedar. aku dengan Izam papah Ari baringkan kat atas tilam. Aku rasa nadinya perlahan sangat. Dalam hati aku, Ari mesti takde apa-apa. Tp kenyataannya aku risau juga.
Aku panggil semua kawan-kawan yang ada dalam rumah. Kami sepakat bawa dia ke Hospital. Semua orang lari bilik masing-masing untuk tukar seluar. Biasalah lelaki, malam-malam pakai kain sarung je, tak pun seluar pendek. Sementara tunggu yang lain, sempat lagi aku taip kat Chatroom tu aku nak ke hospital, kawan aku pengsan. Lepas tu, aku bawa sekali Ipad aku. Aku fikir mana tahu kena bermalam kat hospital, takdelah aku bosan sangat.
Bila semua dah siap, Izam dan Adam papah Ari, yang lain buka pintu kereta dan pegang dari dalam kereta. Aku pula pandu kereta. Jauh Hospital tu sepatutnya setengah jam, tapi mungkin aku bawa laju sangat, tak sampai 15 minit dah sampai. Ari diperiksa sebentar dan terus dirujuk ke wad kecemasan.
Semua dengan muka cemas sandar kat kerusi. Izam pula gayut dengan tunangnya sebab nak kurangkan rasa cemas. Masa tu, aku siap kata lagi, "
Ari mesti selamat punya, Ari kan sihat-sihat je". Semua tengok aku dengan senyuman tawar.
Setengah jam kemudian, Doktor keluar. Aku dengan muka
seposen, tanya doktor tu,
"Ari kene tahan ke malam ni?". Aku tak tanya pun ok ke tidak sebab aku yakin Ari mesti ok punya!. Doktor tu tepuk bahu aku, dia kata, "
kawan encik dah takde". Semua orang muka konfius masa tu. Macam mimpi pula. Aku siap genggam lengan aku. Sakit!. Jadi aku tak mimpi. aku terus duduk, aku sebenarnya tak tahu nak buat apa. Seminit kot semua orang diam.
Lepas tu, doktor duduk tepi aku, dia tanya sejak bila lagi arwah ada sakit jantung. Aku sekali lagi konfius dengan soalan doktor ni. Aku cuma mampu kata "ah???". Aku tanya doktor balik, "
Ari kena serangan jantung ke?". Doktor tu angguk sambil senyum tawar. Aku pun ceritalah yang Ari dah seminggu demam. tapi dia tak cerita dia sakit apa. Doktor tanya Ari asal mana, aku bagitahu lah Johor. Doktor terus bagi cadangan suruh urus jenazah dengan cepat. Doktor buat Pengesahan kematian, yang lain buat laporan polis untuk kematian mengejut, beli tiket kapal terbang, telefon keluarga dan sahabat, semua berkerjasama masa tu. telefon juga kawan-kawan yang kat Johor untuk bantu keluarga Ari sambut jenazah kat
Airport. Memanglah prosedur banyak tapi kerjasama dari semua orang telah membantu melancarkan urusan. Pemeriksaan Polis juga agak mudah sebab Ari bukan mati akibat kemalangan.
Sementara tunggu doktor buat pengesahan kematian, Sempat lagi aku Online guna Ipad aku, bagitahu kawan-kawan Ari, Kawan-kawan kami, sebab bukan semua orang aku ada nombor telefon kan. Sent IM je lah. Ade juga faedah 'awek' aku ni.
Petang hari berikutnya, 29.04.2012, Jenazah selamat sampai ke kampung halamannya. selepas Maghrib, jenazah selamat dikebumikan. Suasana memang agak sedih. Namun aku lihat keluarganya begitu tabah. Besok paginya, aku terus pulang ke Sabah sebab aku takde cuti. Aku serahkan tanggungjawab seorang kawan kepada Ammeer. Ammeer tu sahabat baik arwah Ari sejak kecil lagi. Orangnya pun sebaik Arwah.
Sampai kat rumah kat sabah, Suasana rasa lain sangat. Sunyi je terasa. Kawan-kawan pun semua banyak diam, takde dah gurauan-gurauan sengal. Beberapa hari jugalah macam tu. Bila semua kesedihan dah kurang. kesengalan datang semula. Cuma bezanya, takde dah yang rajin bagi tazkirah lawak subuh-subuh.