Okey.. listen..
listen.. listen to me! Klass kau pah!.
Tertarik dengan
isu baru-baru ni, yang berlaku kat UUM. Memang terbaik isu ni. Aku pun tertarik
nak mengomen biarpun aku tak berapa faham juga isu sebenar dalam hal ni.
Menariknya apabila seorang gadis berbangsa india yang bernama cik.. telah
mengutarakan satu persoalan yang amat baik tentang isu perhimpunan bersih dan
pendidikan percuma. Pertama sekali yang
menariknya adalah hujah beliau yang memang bernas dan para pelajar bersorak
seakan menyokong apa yang beliau katakan. Tetapi yang tidak sedap di lihat
adalah apabila moderator dalam program tersebut yang bernama Sharifah Zohra Jabeen seakan tidak memberi peluang untuk cik
Bawani (maf kalau salah eja) meneruskan
hujah beliau.
Dengan muka yang
agak angkuh, beliau membalas hujah cik Bawani dengan ‘nothing’. Tapi yang
peliknya pelajar-pelajar yang seakan-akan menyokong cik tu tadi bersorak
seakan-akan telah menyokong si sharifah tu pula. Blurr kejap... ini kah
mahasiswa???. Kenapa aku cakap ‘nothing’ sebab jelas apabila beliau menjawab “ but animals
have problem too”. Aku blurr lagi.. ape masalahnya sekarang??. Err.. ini
isu haiwan ke?.
Si sharifah kata dia
takde niat nak malukan cik Bawani tapi cara dia cakap tu sangat kerek kot. Sangat respect lah dengan gadis tu sebab dia
tak tunjukkan pun emosi yang kurang baik terhadap si moderator tu. Cuma yang salahnya waktu dia cakap tu intonasi suara kurang baik. picing lari sikit. Jadi orang yang lebih tua mcam sharifah tu idok ler bape bokonan ngan cara ei. Itu perkara
pertama yang menarik yang ada dalam video tu.
Perkara kedua
yang amat menarik adalah, apabila cik Bawani membandingkan negara kita dengan
negara orang lain, si sharifah tu macam tak suka. Tapi bila si sharifah tu
membandingkan masalah manusia khasnya rakyat malaysia dengan binatang seperti
kucing, anjing dan jerung, siapa paling suka?. Mahasiswa dan mahasiswi yang bertepuk
tangan tu lah. Sukanya mereka memikirkan
masalah binatang berbanding masalah sendiri. Hello guys! Macam mana korang boleh bertepuk
tangan sedangkan kawan korang yang sedang mengutarakan masalah korang sedang di
malukan oleh orang yang sedang memikirkan masalah binatang???? Sangat menarikkan?
Memanglah tak
baik kita nak banding-banding negara kita dengan negara lain sebab setiap
kerajaan yang mentadbir sesebuah negara sebenarnya masing-masing berusaha untuk
mentadbir dengan lebih baik. Tapi apa salah benda yang boleh memberi faedah kepada
rakyat kita jadikan contoh atau pun kalau kita (YOU!) tak nak jadi kan contoh,
sekurang-kurang dengarlah apa kawan tu nak cakap. Biarpun yang bercakap tu kurang pendidikan
daripada yang mendengar, tapi idea yang orang nak cakap tu mungkin lebih baik
dari apa yang ada dalam kepada otak kita. Ini lah salah satu contoh penyempitan
idea dalam kalangan Mahasiswa.
Perkara ketiga yang menarik apabila seorang
panel nak bercakap tapi layanan macam tak betul je, kemudian terus sebut sape
nak galaxy note. Budak-budak pun bersorak.. tak sesuai langsung di panggil
mahasiswa. Oh! Baru ku tahu, galaxy note lah lagi penting berbanding berbahas
untuk perkara yang amat penting. Galaxy Note telah berjaya menjadi umpan kepada
JAWS2 dalam tu.
Aku abaikan je
ape persoalan cik Bawani atau jawapan sharifah, tapi aku suka nak ulas atitute
mahasiswa kita yang macam lalang tu. Budak-budak sekarang sudah terlalu selesa
dengan hidup sendiri tanpa perlu memikirkan masalah luar yang sebenarnya
masalah kita. Perlukah kerana galaxy note tu kita membutakan mata kita untuk masalah
yang jauh lebih berharga?. Alasan yang
selalu di berikan, “saya masih muda untuk memikirkan hal macam tu”. Atau.. “ah!
Itu semua politik, aku tak minat”.
Sepatutnya kita
yang muda ni lah patut menyuarakan apa yang kita nak. Minat atau tak, itu tak
kisah lah, bukan suruh jadi pemimpin pun. Tapi cukuplah menjadi seorang yang
mempunyai ‘suara’. Bila kita tiada suara untuk membela, itu lah jadinya. Suara seorang yang benar hanya mampu
terhanyut dalam tepukkan yang tidak di ketahui membantu ataupun tidak.
ape pun kisahnya, itu lah kekuatan keyakinan bila kita berbicara. dengan muka yang penuh yakin yang telah di tunjukkan oleh sharifah, siapa pun akan berpaling dan mendengar walaupun faktanya agak merapu. jadi student2 suma, kalau nak buat presentation tu, buatlah muka sehabis yakin. hehe.. ada sedikit teguran buat cik Bawani dan sharifah.. pegang je ayat ni.. "yang muda di sayangi dan yang tua di hormati". itu je sebenarnya yang korang perlukan :)
layan jap