KISAH SI MAH...
Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk
berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan
anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata
mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas
menepis.
Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik
air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih
solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan
mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia
merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta
saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah
kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.
Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin
menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur
luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...
“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan...
Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti
kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar
pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...
Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan
perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa
kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan
kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu
yang saya mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang.
Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-
angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah...Abang cari lain-
“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada
kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang
Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”
Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai
ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis
di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.
Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak.Saya
kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan
anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar
menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi
saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak
mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang
setia. Air mata melurut lagi.
Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang
bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas
dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami,
betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya.
Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang
pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu
yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...
yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat...
abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima
abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha
untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini,
abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami
yang terkhilaf...
Mah...
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir.
Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran
hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi
Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga
makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah
tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan
abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah
lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku
Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak
dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa
hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan
wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang
bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan
rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah,
Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher
Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak
menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh
keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang
penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu?
Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang
terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan
Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak
menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada
tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun.
Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk
mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang
lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah
sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini.
Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang
akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam...
abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu..
ok... ampa suma dah habis baca kan... lepas aku baca tu, satu perkataan je yang keluar... "BABI"
Kesian babi yang tak bersalah... tapi entahlah, aku rasa taraf kedudukan laki dia tu cuma sesuai di panggil babi. Kalau korang tak buta warna, aku ada lah pi tanda warna-warna beberapa ayat yang ku kira sangat terserlah kebabiannya di situ.. Maaf lah aku cakap kasar. Entahlah kenapa rasa emo sangat-sangat. Memanglah orang berdosa tu kena di ampunkan, tapi pasal pa bila dah gini baru nak taubat?. Ayat pertama yang buat aku bengang adalah, "abang dah terlanjur banyak kali". Seolah-olah pengakuan tu santai sangat, abang dah banyak kali terberak tepi jalan. Sempoi sangat. Kalau aku pompuan kan, aku dah jijik kot. Dia dah celup-celup dengan pompuan lain tu bhai.. kalau lubang satu tu ada kuman, tak pasal je merebak dengan hamba Allah yang setia kat rumah tu. Enam tahun dia tipu, main celup-celup.. entah mana dia letak hotak dia. Tapi boleh pula dia kata, "Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun", Eh bhai, kalau kau bahagia, kau takkan makan luar bhai.. No.. No. No... never bhai.. Kau bahagia kat rumah, lepas tu kau main kat luar. Mana bahagianya?. Ibarat kau kenyang, lepas tu kau pi KFC lagi order 1 set, kau lalu makan tak?. memang tak lah kecuali perut kau ada 4 macam lembu. Kau dah ada nasi yang halal, kau takkan makan tahi lembu dah.. aku dah bagi semua perumpamaan yang sesuai tu. Lepas tu, kau kata isteri kau tu dah jaga kau dan anak-anak dengan baik, takde yang kurang. Maknanya simple, kau dah dapat isteri dan ibu yang sempurna untuk zuriat kau. Kalau kau tahu kenapa kita mesti kawin, kau akan faham makna kenapa kita berkawin. Faham tak ayat aku yang macam paria tu?. Kahwin memang sebab nafsu, tapi kita sebagai lelaki, apa yang kita nak dari seorang isteri?. Mestilah kita nak seorang wanita yang mampu urus rumahtangga kita, jaga dan didik zuriat kita waktu kita sibuk mencari nafkah. Kalau kau dah dapat gitu, kenapa nak disia-siakan lagi. Berapa ramai suami yang tak bernasib baik, dapat isteri yang tak mampu urus keluarga di luar sana. Antara semua tu, kau bertuah sebab bukan dari kalangan mereka. Itu kira habis lah aku rasa kebodohan kau. Memang habis bodoh dah. Aku sambung baca.. sebab aku nak tahu juga luahan hati ko tu yang kononnya punya kau curang.. okey lah.. kita kena adil kan, kena ambil tahu sebabnya...
Sekali lagi hati aku panas. Patutlah wife aku macam tersinggung baca cerita ni. Seolah-olah lelaki ni begini.. Patutlah dia larang aku berkawan dengan kawan sekerja berjantina perempuan.. Sebab ayat ko gini bhai, "Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya". Aku tak tahu pula kalau berkawan kena sampai jolok menjolok. Itu bukan kawan namanya. Tapi haiwan. Haiwan je yang tengah berkawan-kawan tu.. tetiba stim, terus naik belakang dan buat tu lah. Yang macam kau buat tu... Kan... ? sesepisis kan?,, Kalau gitu, ceh bayangkan lelaki kawan dengan bini kau, lepas tu bini kau tengah sunyi sebab kau beromen dengan janda, so dia pun isi keboringan tu dengan 'main' bersama kawan dia?. Kau rasa apa agak-agaknya? Nyaman? Rasa teruja?. bangga sebab sama-sama memiliki sarung keris yang sama? atau.. alaaaa biasa lah, kawan-kawan kan. I don't get ur point der... siyes sound like stupid. Lepas tu kau kata, "Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah ". "Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah". Booooooooo..... Ayat lebih sembang kencang... Doooooooohhhh... Kalau perempuan ni bijak, dia harus mencerna dengan otak yang sihat bahawa ini semua hanya ayat bodoh yang bertujuan meletakkan rasa was-was di hati si Isteri. Cuba teka keje sapa yang suka buat orang rasa was-was??... Ye betul! jawapanya Setan!!. Macam kau lah dah lah berzina, buat dosa besar, lepas tu nak berkata pasal cinta. Hebat... Terus sejuk hati bini kau bhai.. Terus dia bela kau..
"Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.".. Ayat si Mah Yang Tak Bijak @ Dodol
Aku sebenarnya tak faham dah cerita Si Mah ni. Laki dia banding lubang dia dengan lubang perempuan lain dia boleh kata macam tu. Terus sejuk hati kau Mah. Patutlah kau dapat suami yang boleh main 6 tahun kat luar. Sebab sel-sel hotak kau belum cukup berhubung Mah.. Kesian kau Mah... Curang itu bukan fitrah lelaki Mah oi... Aku sebagai lelaki rasa terpukul dengan Ayat kau. Mah dodol. Aku buat juga kau ni jadi dodol. Fitrah lelaki memang lemah pada wanita. Memang kalau boleh dia nak 4 bini 100 gundik. Memang kalau boleh nak gitu. Tapi tak bermakna curang itu fitrah lelaki. Memang lelaki ni kalau lepak dengan member, adik-adik pelayan gerai pun kami usha.. memang lah.. tapi cerita habis situ ja Mah dodol oi.. Laki kau tu Berzina. Zina bukan fitrah lelaki Mah dodol oi.. BUKAN! Zina itu dosa besar. Bukan Fitrah. Aku ulang lagi sekali. Bukan Fitrah. Perempuan pun sama juga, tengok bola buka tengok bola sangat... tengok mamat yang sepak bola tu... Hensemnya diaaaa.... gitu lah lebih kurang. Maknanya fitrah sama-sama suka usha orang lain. Sebab kita manusia, kita sering tertarik pada keindahan. Itu baru Fitrah.. Orang takkan salahkan suami kau yang bijak tu kalau kau tak share cerita ni.. Hal rumah tangga, simpan lah Mah dodol oii... ni dak, kau share skali laki kau kata, si Zulaikha tu jaga rapi alat sulit dia.. then kau pula macam mana? ada sarang laba-laba? sarang semut? amoeba? paramesium? alga? atau kurap?.. Share sikit lah mah... baru kita sedap baca... Dodol punya orang..
Kesimpulan cerita ni. Jauhi Zina. Kalau nak isteri kau sempurna, jangan biar dia bunting. Sebab dia bunting tu semua kerja kau. Jangan biar dia beranak. Kalau nak suh beranak pun, bagi orang gaji sorang, pengasuh sorang, supaya bini kau banyak masa untuk gosok daki. Emo pula aku baca.. Untung kau dapat isteri yang mudah di ayat. Kalau kau dapat isteri macam aku, aku rasa aku dah pergi thailand dah untuk repair alat sulit. Sebab PASTI aku bangun pagi dia dah selamat sembelih burung aku. Bukan penakut lah, tapi sebagai seorang yang ada agama, takut lah pada Tuhan tentang dosa Zina.Kalau kau tak mampu tahan, baik potong ja burung kau sebab sebenarnya kau telah gagal mengawan burung kau..
MAAF SEMUA ATAS BAHASA KASAR.. AKU EMO SANGAT.
Semoga Allah kuatkan iman semua lelaki dan wanita supaya menjauhi zina. Semoga rumahtangga kita bina akan sampai ke syurga bersama zuriat yang lahir dari rumah itu. Amin..