home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday, 10 December 2011

Simpanlah Aib itu

kamu nak tunjuk jalan kebaikan dan kebenaran itu amat di puji. Tapi kalau dalam masa yang sama, sebar keburukan orang. sebar aib orang. itu apa motifnya?. nak bagitau kamu baik dan orang lain jahat ke?. Dah-dah lah tu, biar mereka buka aib mereka sendiri. Tapi jgn kita sebarkan. Allah kan dah larang. Biarpun kita benci puak tu. Tapi dia ttap saudara kita.
pesan Allah dalam FirmaNYA yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al maidah [5]:8)

Tapi kerana kita merasakan kebencian akibat ketidak adilan yang berlaku. kita tetap berdegil. kita tetap mahu menyebarkan keburukan mereka. Kita menganggap orang lain perlu tahu tentang itu. Walaupun kita tahu kita di larang menyebarkan perkara tidak baik. sehingga kita lupa Allah pernah berfirman, yang bermaksud :

”Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur: 19).

Amaran yang jelas. Tapi sering kita lupakan. Ataupun kita tidak mahu ambil tahu. Bahkan ada satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana baginda melarang kita menghina kesalahan orang lain walaupun terang nyata dia bersalah. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

Jika benar kita/kamu di pihak yang benar. Cukuplah dengan kita melakukan ibadah sebaiknya, menjaga akhlak, menjaga hubungan persaudaraan, berbuat baik dengan orang lain. Dan jika kita/ kamu seorang pemimpin, cukuplah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, adil, bijaksana dan menjaga kekuatan agama. Kita/kamu tidak perlu memperlihatkan kejahatan/aib orang lain untuk menampakkan diri/ puak kita/kamu lebih baik daripada mereka. Ini kerana, orang yang bijak berfikir, pasti tahu mana yang baik mana yang tidak tanpa kita perlu menyebarkan keburukan pihak lain.

Marah sering membuatkan kita lupa pada batasan. Kerana marah itu adalah api. Dan syaitan itu dibuat daripada api. Maka senang lah bergabung dengan diri yang marah.

Luaskan kuasamu, mainkan perananmu. Berjuanglah kerana Islam. Berpolitiklah hanya untuk menegakkan islam. Jangan menjadikan islam hanya utk meraih kekuatan politik.

Sabda Nabi SAW, " Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat". HR Abu Daud dan al Tirmizi

No comments:

Post a Comment