Monday, 16 January 2012
Tolonglah Pindah ke Pluto
Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan. 90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif). Ia merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia disebut tumor benigna (bukan kanser). Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan (kanser). Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah lagi.
* kepada yang merokok tu, sebenarnya anda sedang membunuh dengan cara yang senyap. kesianlah pada orang yang tak nak mati lagi ni. tolonglah pindah ke Pluto kalau anda nak merokok!
Monday, 9 January 2012
Melawat hospital
Wah... lame nye
aku tak melawat blog aku. Aku siap terlupa lagi pasal blog. Aku bukan tak nak
menulis dah. Menulis (menaip) tu tetap hobi aku sampai bila-bila. Aku tengok
kat statistik pun ramai juga yang lawat blog aku. Terima kasihlah pada yang
sudi baca blog aku. Cuma aku minta maaflah aku dah setting entry-entry aku
sebelum ni supaya takda sapa dapat komen. Aku bukan tak nak terima komen orang.
Lagi pun isu-isu dalam blog aku banyak lah yang tak penting pun. Taip mane yang
berkenan nak taip je. Sape-sape nak komen, atau nak tanye ape-ape, boleh email
aku. Memang ramai juga yang email aku. Terima kasih yang email aku tu okey. Tapi buka tahun baru ni, aku terase nak setting Allow untuk Reade comments.
Tak terlambat
lagi kot aku nak ucap selamat tahun baru kepada semua orang. Wahh.. dah 2012
kot. Lagi 8 tahun nak capai 2020, mampu
ke kita capat Wawasan 2020 tu?. tak payah tengok luar, Tengok dulu kat diri
sendiri tu. kita majukan diri kita supaya kita dapat bantu individu lain dan
individu lain tu tolong pula individu yang lain lagi. Akhirnya semua masyarakat
membangun.
Tahun ni aku
mulakan dengan azam baru. Azam aku rahsia. Hehe... cerita permulaan untuk tahun
ni adalah mengenai...
Berat badan aku
semakin susut. Aku senyum je sebab aku memang niat nak turunkan berat badan. Aku
capai berat badan yang aku nak sekejap je sampai ada kawan-kawan yang tegur. Ade
juga kawan-kawan yang terutamanya perempuan minta tips camne nak kurus cepat. Aku
garu-garu kepala juga fikir nak bagi tips ape, sebab aku sendiri pun tak tahu
ape tips yang aku guna. Cuma satu yang aku perasan, selera makan aku kurang
sejak akhir-akhir ni. Mana tak nya, aku kerap sangat batuk-batuk. Kadang-kadang
tu rasa tersembur makanan kalau aku makan. Tapi keadaan ni tak lah selalu terjadi.
Pada sebelah
malam, aku selalu terjaga dari tidur sebab batuk aku. Kadang-kadang tu rasa
macam sesak nafas. Sebab macam ada kahak kat tekak aku. Kalau aku batuk tak
henti-henti aku rasa sakit sangat kat dada aku ni. Mulanya aku takut juga kalau
aku ada sakit jantung ke ape, tapi rasanya jantung aku okey kot.
Satu hari tu aku
pergi hospital nak periksa jantung. Tapi doktor kata, dari ciri-ciri yang aku
ada ni, dia nak suruh aku buat pemeriksaan kat Pulmonologist. Aku tanye doktor
tu, ape bende pulmonologist tu? Doktor kate bende tu adalah pemerikasaan
paru-paru. Aku ikut je lah saranan doktor tu. aku pergi buat pemeriksaan
paru-paru. Banyak lah pemeriksaan yang aku kene buat termasuklah kene X-ray ni
kan. Lain-lain pemeriksaan tu aku tak sure lah ape namenye. Aku bukan pakar
dalam bidang ni. Doktor kate, beberapa hari lagi dia akan telefon selepas semua
keputusan ujian dia dah kaji.
Aku tenang je,
aku tak merokok pun, buat apa nak takut. Keputusan pemeriksaan jantung aku dah
dapat. Jantung aku normal je. Takde ape-ape masalah pun. Dan sebab tu kot
doktor suruh aku buat pemeriksaan paru-paru. Aku selalu batuk sehingga rasa nak
pecah dada ni. Sakit sangat.
Tunggu je lah
keputusan nanti. Ape-ape hal redho je..
Subscribe to:
Posts (Atom)