Monday, 16 January 2012
Tolonglah Pindah ke Pluto
Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan. 90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif). Ia merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia disebut tumor benigna (bukan kanser). Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan (kanser). Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah lagi.
* kepada yang merokok tu, sebenarnya anda sedang membunuh dengan cara yang senyap. kesianlah pada orang yang tak nak mati lagi ni. tolonglah pindah ke Pluto kalau anda nak merokok!