home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday, 31 December 2012

Pertama kali beli jam sepasang

Hari ini hari yang bersejarah dalam hidup aku dan MUNGKIN dia.
Kalau aku PASTI la bersejarah. Tapi dia aku tak tahu.
Sebab ini lah kali pertama aku beli jam sepasang dan dipilih sendiri oleh dia.
Masa itu penting bagi aku.
Bagi aku masa itu terus berjalan, tiada siapapun dapat halang.
Melainkan ALLAH.
Harganya murah saja.
Tapi bagi aku nilainya cukup tinggi.
Terima kasih awak. Pandai awak pilih :)

Tuesday, 11 December 2012

JOM MAKAN (*Mihun HongKong)

Hai Pal!

Okey hari ni tekak aku tetiba nak makan mihun hongkong. Aku tak berapa pandai sangatlah masak benda ni, tapi boleh lah di terima oleh tekak aku ni. rupa tak cantik sangat tapi sodap! sedap bagi aku lah. Ni nak kate sikit, kita ni, bab masak kalau masak untuk diri sendiri, biar orang kata tak pe, sebab yang telan nye kita sediri, ye dok?, kalau kita rasa sedap je, makan je lah.. hehe

Sebelum korang baca resepi mihun hongkong aku ni, korang tengok dulu gambar hasil masakan aku.




Tak berape menarikkan?. sebabnya tak de udang, brokoli, baby corn dan bunga kobis. Aku tak makan udang jadi aku tak letak udang. kalau ikut resepi sebenar, ada udang. pasal brokoli, baby corn dengan bunga kobis tu takde, yang tu memang takde kat peti ais aku. malas nak keluar beli, maka, aku pun masak je lah dengan ape yang ade. Bak kate mak aku, jangan di cari benda yang takde, makan je ape depan mata. ye dok?.

Bahan-bahan Mihun hongkong ringkas

-Mihun
-Bawang putih
-sedikit ayam dan daging
-Minyak masak
-1 sudu minyak bijan, sos tiram, 
- sedikit Pati ayam dan serbuk lada hitam
-sayuran (bunga kobis, brokolo, baby corn) * tapi aku ade kobis je :p
-sedikit tepung jagung 
-1biji telur
-sedikit cili hijau
-*bahan tambahan seperti udang (aku taknak udang)

Cara memasak

A. Goreng mihun.

1. celurkan mihun dalam air panas sehingga lembut (jangan sampai kembang) dan toskan. 
2. pecahkan telur dalam mangkuk, letak serbuk lada hitam sikit dan sedikit tepung jagung. kacau sebati dan masukkan mihun tadi. gaul sebati.
3. panaskan minyak dan goreng mihun yang bersalut telur dan tepung jagung tadi. goreng hingga garing. dan toskan minyak

B. Untuk Kuah

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan daging, isi ayam dan air dan biarkan sehingga empuk kemudian masukkan minyak bijan, sos tiram, pati ayam dan sedikit lada hitam.
3. Masukkan bahan bahan lain seperti udang (kalau nak lah) dan sayuran. Masukkan air utk dijadikan kuah dan biarkan ia mendidih sebentar.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung utk memekatkan kuahnya

Cara menghidang, letak mihun goreng bersalut telur dan tuangkan kuah diatasnya.

Lagi gambar Mihun Hong Kong aku



Biarpun tak berapa menarik dan agak ringkas, tapi cukup sedap!. Next time, kalau aku rajin pergi pasar, aku beli bahan-bahan yang lengkap :) kenyang dah... hehe alhamdulillah.

Sunday, 9 December 2012

JOM MAKAN (*Nasi goreng bujang)

Assalamualaikum..

Hari ini aku tinggal seorang je kat rumah. member-meber semua keluar. Aku malas lah pula keluar makan. Jadi aku pun masak lah simple-simple je, paling mudah, masak nasi goreng lah kan. Ini antara makanan kegemaran aku di kala kesepian.. gediks! Nasi Goreng bujang. Bujang sebab yang masaknye tu bujang. hehe

Bahan-Bahan

-Nasi (takkan mee kan!)
-1 biji bawang putih dan merah (hiris)
-sikit kobis
-serbuk lada hitam,
-2 sudu sos cili dan sos tiram
-sedikit isi ayam (potong ikut suka korang)
-sedikit garam
-1 biji telur

Cara masak

1. Panaskan minyak dalam kuali, dah panas goreng telur sebiji tu buat telur mata.

2. kurangkan minyak agak2 tinggal 1 sudu makan je, lepas tu masukkan bawang merah dan putih, masukkan ayam dan tumis macam biasa.

3. Masukkan sos dan sedikit air. masuk sikit garam dan serbuk lada hitam, gaul-gaul kejap terus masukkan nasi. Gaul sebati masak sampai nasi tu ade rupa nasi goreng, masukkan irisan kobis dan masak kejap. Rasa ape yang kurang dan tambah ikut selera masing-masing.

4. dah okey, masukkan dalam senduk yang macam mangkuk tu, dan pindahkan dalam pinggan. letak dalam telur atas nasi tu. Dah siap. Jom Makan..


INI LAH HASILNYA...




nampak tak sedap ke, sedap ke, yang penting aku makan sedap je. haha





Cinta Islamik, Boleh atau tidak?

Sedikit perkongsian pada hari ini mengenai cinta... Hmmm...

Tengahari  tadi seorang muslimah baru selesai menghadiri sebuah forum yang disifatkan oleh beliau sebagai sebuah perkongsian dalam bentuk ceramah. Kemudian aku meminta beliau berkongsi sedikit ilmu, daripada ceramah itu kerana agak tertarik dengan tajuk forum tersebut iaitu, 'CINTA SERBAN DAN JILBAB'.

Menurut muslimah tersebut.. (kalau dia izinkan, nak je aku taip name beliau), Mederator dalam forum tersebut adalah faisal amer dan antara panelnya adalah


                                       Ust Farhan (macam name aku :p)

                                       
     Ust Ubaidillah



                                                                  Ustz Harlina.


Ketiga-tiga panel ni memang terkenal dengan kehebatan berbicara masing-masing dan mereka bukan hanya bercakap kosong tetapi penuh dengan ilmu. Rugi lah orang-orang yang dekat dengan mereka tetapi tidak mengambil peluang untuk mengaut ilmu mereka.

Berbalik kepada tajuk forum tadi, apa yang aku sampaikan ini adalah berdasarkan perkongsian muslimah itu tadi dengan aku, sebab aku tak berpeluang menghadiri forum tersebut. Jadi tumpang lah sikit jamah ilmu yang dia dapatkan..

aku Copy Paste mesej beliau ye

" .......ceramahnya banyak bincang tentang cinta islamik. Boleh atau tidak?. Majoriti panel kata, cinta tu tak salah tapi manusia yang bercinta itu menyalahgunakan perasaan cinta tu. seorang panel berkata "tidak beriman seseorang itu jika tidak saling mencintai". Iman itu harus bergerak seiring dengan cinta. Maksudnya di sini, cinta itu luas. Macam kita cinta saudara kita kat Palestin. Ada yang tanya, "Apa hukum bila kita nangis tengok saudara muslim kita syahid akibat kekejaman israel?". Jawapannya "Harus". sebab cinta itu menunjukkan sayang kita sesama muslim. Sedangkan Allah sendiri pun menyuruh mencintai sesama islam selain menjaga hubungan dengan-Nya. Allah pun suruh menjaga hablum minannas, caranya adalah dengan cinta. Tapi cinta yang berpada-pada. Ada seorang panel berkata, "seseorang itu akan berhimpun bersama orang yang dia sayangi di akhirat nanti. Andai dia sayang orang yang baik-baik, maka, dia akan bersamanya begitu juga dengan sebaliknya".
.......Sampai ada seorang panel kata "Minat dan sayang tu akan menentukan kedudukan kita di Syurga." Macam mana pula dengan khitbah ataupun tunang?. Ada dua pendapat, satu kata "Harus" dan pendapat kedua kata "Sunat". Menurut imam Syafie, hukumnya "Sunat". Khitbah ni salah satu cara nak kenal pasangan. Tapi selagi mana ijabkabul belum dilafazkan, batas antara lelaki dan perempuan itu kembali kepada asal. Ustazah Harlina kata " Cinta adalah anugerah bukan masalah. Berpandukan surah Annur ayat  26*. Ayat tu kata perempuan yang keji untuk lelaki yang keji tetapi perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Ustazah tu kata, kena doa dari sekarang untuk dapat jodoh dari kalangan toyibbin atau toyyibat. Tapi kena sabar. Bukan hari ni doa, terus dapat. Dalam surah yang sama ayat 30 sehingga 33 banyak menyentuh tentang apa yang orang lelaki dan  perempuan patut buat. Ada hadirin yang bertanya, betulkah statement (pernyataan) tentang  "Imam tak perlu cari atau pilih makmum tapi makmum yang kena pilih, siapa bakal jadi imam dia?"
...... Ustazah Harlina menjawab " Salah kalau macam tu. dua-dua kena cari siapa nak jadi makmum dia dan makmum kena pilih siapa boleh jadi imam dia. Kalau tak, macam mana nak dapat  pahala 27 kali gandakan?, kena berlandaskan syariat. Sebab niat tak menghalalkan cara". Konklusinya, sebaik-baik cinta adalah kepada Allah sebab Allah yang datangkan perasaan cinta kepada manusia.
..... Ustazah tersebut ada berpesan kat para muslimat " Jangan niat tutup aurat sebab lelaki. Nafsu lelaki dia sendiri yang kena tahan. Niatlah kerana Allah kerana adakah apabila muslimin tak ada muslimat boleh buka aurat?. jadi kerana itu, niat kena betul. lelaki tu sendiri kena jaga pandangan dia. Sedangan bila dah tertutup pun tetap lelaki nak pandang.
.......ada lagi hadirin yang bertanya, "boleh tak kalau dia suka kat seorang perempuan tu, kemudian dia pergi jumpa ayah perempuan tu kira macam nak cop lah perempuan tu?, sedangan dia tahu perempuan tu tak suka kat dia". Ustazah tadi menjawab " Cara jumpa wali tu dah betul dah, tapi tak boleh buat macam tu sebab takut lepas nikah nanti, bila perempuan tu protes dia kata dah tahu dia tak suka lelaki tu, kenapa jumpa ayah dia?,  juga tak boleh bila kita tahu perempuan yang kita suka dah tunang, tapi kita pulak terus hantar rombongan meminang, hukumnya haram kacau tunang orang". Pertunangan itu adalah perkara yang paling senang. Bila seorang lelaki tu post kat facebook seorang perempuan yang dia nak tunang dengan perempuan tu, lepas tu perempuan tu kata okey, maka tu pun dah di kira tunang. Dan cara itu tidak digalakkan. Apa yang paling penting, berhati-hati dengan soal hati............"

Menarik bukan? Walaupun 3 jam beliau dengar ceramah tu, ni je yang beliau dapat rumuskan, tapi isi-isinya cukup mantap dan banyak ilmu yang terselit. Tinggal nak kuis-kuis je.

Apa yang aku dapat di sini adalah Islam mengajar kita untuk saling bersaudara kerana Allah. Mereka diwajibkan untuk mencintai saudara-saudara mereka sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :


لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".

Sabda baginda dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim : yang bermaksud "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ".

Oleh itu, apa yang penting, bercintalah berlandaskan landasan syariat dan bukannya nafsu. Nasihat khas buat diri sendiri yang selalu terbabas dengan perasaan yang bukan-bukan.. 

"Cinta itu Fitrah tapi mungkin juga boleh berjadi Fitnah!"

Terima kasih buat sahabat saya, yang telah berkongsi ilmu yang beliau perolehi pada hari ini dan semoga kita sama-sama menemui cinta yang di redhai oleh Allah. Amin.

* Terjemahan lengkap surah Annur ayat 26
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"

Friday, 7 December 2012

Nikmat-Mu

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari).

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan saudara sekalian,

Hari ini, aku bangun awal sekali. Bangun-bangun saja, aku terus mandi, segarkan diri sambil melihat rintik-rintik hujan melalui tingkap. Damainya terasa pagi ini. Hari sabtu. Hari cuti, kerja pun tak ada. memang cukup nikmat untuk sambung tidur.

Sementara tunggu azan subuh, aku tarik selimut, rasa kehangatan selimut yang membaluti tubuh. Tersenyum sendiri sebab lamunan dah terbabas ke zon lain. hehehe..

Nikmatnya hari cuti tanpa bebanan kerja, tanpa kerahan tenaga, tanpa paksaan untuk membuka tubir mata. Nikmat dan nikmat. tiba-tiba teringat keadaan bulan lepas, beberapa malam tak tidur sebab sibuk key in SPPBS. Memang rasa tertekan sangat masa tu. Dengan sistem yang lambat, line internet yang buat hal dan bekalan elektrik yang sering terputus, memang sangatlah mencabar kesabaran. Masa tu, mood memang tak berapa nak okey sangat. Rasa nak marah, rasa nak nangis, rasa nak terajang je orang-orang yang buat hal depan aku, memang bercampur baur sangatlah perasaan masa tu.

Bila selesai saja kerja tu,

WaHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.... betul-betul bahagia lah. Perasaan masa tu macam makan kek keju secret resepi tepi pantai, bawah pokok kelapa sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. NO lah... more than that!! very nikmat woo...

Dan hari ini.. terpasul kat mulut aku.. "bosannya...". Terasa amat bosan bila takda benda nak dibuat. Takde ke??. di sinilah aku menyokong sepenuhnya hadith di atas..

aku ulang semula..

"ada dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakkan manusia, iaitu kesihatan dan waktu terluang".  (HR Bukhari)

Saat kita dalam kesibukkan, kita mengimpikan kelapangan dan saat kita telah diberikan kelapangan itu, kita mensia-siakannya. Aku tak kata orang lain tau, aku kata diri aku sendiri. Kisahnya apabila..

aku nampak Al-quran ku yang sedikit berhabuk. Berhabuk maknanya faham-faham lah. Lama juga tak sentuh tu. Dulu, aku selalu jadikan Al-quran sebagai teman. Bukan nak riak lah, tapi sememangnya itu lah yang dituntut. Membaca Al-quran mampu menenangkan jiwa, kalau nak belajar selepas baca Al-quran pun senang nak masuk. Tapi bila aku dah mula kerja, aku dah jarang-jarang dah baca surat cinta dari Allah ni. Pengakuan yang benar-benar memalukan. Kadang-kadang tu, seminggu sekali je aku pegang. teruknya aku!. Aku jadikan alasan kesibukkan ku sebagai alas bagi menutup kelemahan diri. Padahal kerja cikgu je pun. Ye! kerja cikgu je! tapi kan, beban kerja cikgu-cikgu sekarang memang gila sadis. Memanglah kerja sampai jam1.40 tengah hari je, tapi kerja yang di bawa ke rumah tu ah yang tak tahan. Sampai pagi tak tidur . Dah! stop merungut. tanam kat kepada otak, kerja itu ibadah! banyak kerja, banyak lah ibadah.

Bila tiba masa hujung minggu saja, mulalah perkataan 'bosan' tu macam gatal-gatal je nak main-main kat bibir. Sedang itu lah nikmat! masa ni lah Allah bagi kita peluang nak beribadah. Sikit pun tak terusik dalam hati aku untuk menghargai masa itu. Dan masa ni lah, aku dan member aku yang kononnya takde benda yang nak dibuat itu, pergi membuang masa. Turun bandar, melepak dan buat perkara-perkara yang konon berfaedah untuk masa yang terluang ni.

Dan setelah berakhirnya hujung minggu...

bermulanya adegan kesibukkan manusia mengejar dunia. Kepenatan bila balik rumah begitu terasa. Buku kerja pelajar bertimbun di tepi meja. Belum termasuk kerja ujian, buku laporan P&P, hal-hal lain seperi mesyuarat, masalah pelajar, sukan, kokum dan macam-macam lagi. Kalau dah kerja bertimbun, agak-agak ada masa tak aku nak baca surat cinta dari Allah tu?. "Entahlah... Banyak kerja. Aku sibuk ni. Aku yakin Allah pasti faham dengan situasi ku". Hati berbicara seakan-akan kosongnya jiwa untuk menegakkan kesalahan diri.

Kerana Allah faham lah, Allah maha mengetahui, Maha mengasihani dan Maha penyayang, DIA beri kita waktu kelapangan. Tapi nikmat itu lah kita lupakan dan sia-siakan.

Kenikmatan saat kita Sihat..

Pernah dulu masa zaman-zaman sekolah rendah, Ustaz aku bercerita tentang saat kita berlawan dengan maut. Masa kita dah nazak tu. sakit yang teramat-amat, masa tu syaitan laknatullah mengusik kita. Masa tengah sakit tu, syaitan datang kat kita, dengan tekak yang haus sangat-sangat, dia kata kat kita, "ko nak air ni tak?". Kita pun dengan tekak yang kering dan pedih akibat kehausan, akan mudah untuk kata "nak". dan saat itu, syaitan buat perjanjian, "kalau ko nak air yang penuh nikmat ni, ko kena berjanji yang ko akan ikut aku, aku lah Tuhanmu".  Masa tu, hanya iman saja yang mampu membantu kita. Aku tanya ustaz tu, "kalau kita nak mati, kita akan rasa haus sangat-sangat ke?". Sebenarnya masa tu aku tak faham mana datang cerita haus tu sedangkan tadi cerita pasal nak mati. Ustaz tu pun kata "Kematian itu sesuatu yang dasyat, kehausan yang amat sangat dan  kesakitan yang amat sangat, sebab tu masa kena hidup ni, kita kena kumpul bekalan pahala banyak-banyak dan itu lah yang akan jadi modal makanan dan perisai kita". Aku ingat sangat apa Ustaz tu cakap sampai aku jadi paranoid, takut nak tidur sebab aku takut aku mati masa tidur. Aku nangis sorang-sorang dalam bilik, aku takut dengan kehidupan ni. Pagi tu aku pergi sekolah dengan pakai kopiah. entah pape je.. hahaha.. Chop! mase tu aku baru 8 tahun. (Seminggu kemudian, aku jadi samseng balik)

Bila aku dah dewasa ni, aku mampu kaitan kesihatan tu dengan nikmat Allah. Sihat itu adalah sesuatu yang tidak mampu di beli dan kesakitan itu akan membuatkan kita terkapai-kapai atau lebih mudahnya terdesak untuk melepaskan diri dari kesakitan. Dan kerana itu, kalau nak mengajak orang ke arah sesuatu, tunggu masa dia tengah sakit. Mudah je nak tarik. Yang selalu ambil kesempatan dalam hal ni adalah bomoh lah. kedekut macam mana pun seseorang tu, kalau dia tengah sakit, dia akan sanggup bayar berapa pun asalkan ada seseorang yang mampu pulangkan kesihatannya. Padahal nikmat sihat tu dari Allah. Berapa ramai orang yang sanggup melutut depan bomoh berbanding melutut atas sejadah. Nilai lah diri sendiri.. Kerana fitrahnya manusia, dia nak sesuatu yang dia lihat, Allah kan kita tak nampak jadi terasa macam tak cukup je kalau minta dengan Allah. Sedangkan kalau Allah kata "jadi! maka jadilah ia".

*Ambil perhatian kepada doktor-doktor dalam dunia ni, mase tengah rawat pesakit tu lah peluang untuk korang berdawah.

Bagi mereka yang terbuka hati dan sedar akan nikmat sihat itu datangnya dari Allah, masa kita sakit, air mata dan bait-bait doa rayuan kepada Allah sering terjadi. masa ni, kita terasa dekat sangat dengan Allah kan.. aku pun turut merasai pengalaman tu. Tapi, masa kita sihat, jarang sekali terbit untuk merayu. Dengan Tuhan (Allah) pun nak ego. Memang lah sifat manusia macam tu. Bila sakit baru nak merayu. Rasai saja rasa sakit itu, sebab sakit itu pun sebahagian dari nikmat. Kerana Allah nak kurangkan sedikir dosa-dosa kita.
sakit itu kan penghapus dosa.

Tak payah cerita pasal sakit teruklah, sakit nak berak je pun bukan main doa lagi minta dikurangkan sakit tu supaya sempat sampai ke tandas. Tengah-tengah dalam bas kan, berjam-jam dalam bas, tiba-tiba baru sepuluh minit gerak bas tu, dah sakit perut, padahal lagi 7 jam nak sampai, punyalah kalut nak doa kan?. Macam pengalaman je kan. hahaha... Tak delah pernah mengalami macam tu pun, aku ambil inspirasi cerita ni dari iklan tandas masa aku kecil-kecil dulu. Berpeluh je muka kartun tu tahan nak berak. Aku suka iklan tu.

Dan sedarkah kita, adakah kita sedang menghargai nikmat tersebut....?

"Semoga kita dihidupkan dengan iman, dan dimatikan juga dengan iman".  ameen.

Sunday, 2 December 2012

-26 Ogos 2012-

Selepas beberapa bulan aku 'rapat' dengan dia,
tiba-tiba aku rasa macam nak mengenang satu tarikh.
Maksud aku, satu tarikh yang boleh kami ingat sebagai ulang tahun.
Ulang tahun pada hubungan yang entah apa statusnya.
Kami tak perna kata kami ni 'Couple' atau bercinta.
Macam budak-budak saja.
Cuma hubungan kami lebih kepada sahabat.
Sahabat rapat yang ingin berkenalan dengan lebih rapat.
Dan ingin menuju ke satu tahap ZON HALAL.

Dia cadangkan satu tarikh.
Dia kata, tarikh ini istimewa.
Itu lah tarikh ketika kali pertama aku kata,
"sebenarnya saya suka awak".
Serius aku tak sangka dia simpan lagi SMS tu.
Sebenarnya masa tu aku memang takut nak cakap.
Tapi aku cakap saja 'suka' sebab perkataan suka itu agak umum.
Dia gadis yang amat baik, tapi boleh di ajak berbual.
Maksudku berbual apa saja.. minat kami juga hampir sama.

Sebenarnya selepas aku luah itu,
dia tak perna pun balas "saya pun suka awak"
SMS itu berlalu macam tu saja.
Sebab tu aku tak pernah sangka di simpan SMS itu.
Serius tak sangka

-26 Ogos 2012-

Aku tak mahu ikat dia dengan hubungan cinta.
atau istilah budak-budak sekarang, 'kapel'.
Aku tak mahu pergi jumpa dia atau bergayut di telefon.
Sebab aku tak mahu hubungan kami tercemar.

Cinta itu tak haram, sebab ianya perasaan indah yang diberikan oleh Allah.
Tapi yang buat ianya jadi haram adalah cara kita meraih cinta.

Walaupun aku ni takdalah kategori lelaki berkopiah yang alim.
Tapi aku masih tahu bahawa cinta islamik itu sebenarnya tidak wujud.
Yang wujud hanya cinta selepas nikah.
Jadi aku biarlah hubungan ini tanpa 'title'
Tapi aku tahu kau rasa apa aku rasa..

Semoga jodoh itu cepat datang