Assalamualaikum...
Hari ini banyak status pasal poligami (Status Facebook kawan-kawan). Pasal apa entah. musim berpoligami ke ape tahun ni?. kalau bercakap pasal poligami, tak ada lelaki dalam dunia ni yang tak nak isteri ramai. smua nak isteri lebih dari seorang. lelaki cuma berkata "tak nak lah isteri ramai" sebab nak jaga hati isterinya. Bukan sebab tak mahu. Tapi kerana cinta pada si isteri yang satu dan kerana kecukupan yang diberikan oleh isterinya, maka keinginan itu tidak di layan atau tidak di teruskan. Ramai lelaki berpendapat poligami ni sebenarnya nak membantu kaum wanita yang semakin ramai untuk mendapatkan pasangan. Tapi persoalannya, kenapa tak ramai yang pilih andartu atau janda?. Ramai yang pilih muda2. Jika niat ingin membantu, kenapa tidak memilih golongan yang benar-benar memerlukan?. Bukankah yang muda itu masih ada peluang untuk mencari anak teruna yang masih bujang?. Tepuk dada tanya iman... itu kehendak atau keperluan?.
Bercakap lagi mengenai poligami, ada yang berkata, semua yang berlaku adalah atas izin Allah. Tapi, bukankah sebelum Allah mengizinkan itu, kita diberi peluang utk memilih?. memang semua ada takdirnya, tapi Allah tidak meletakkan hidup kita ini bulat-bulat mengikut takdir. kalau tak, Takdelah Allah kata yang Dia tak kan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Ini bermakna, takdir kita memang ditentukan tetapi masih mempunyai pilihan.
perkahwinan itu adalah sebuah ibadah...
memang lah ibadah, tapi berapa banyak ibadah lagi yang ada tanpa menyakitkan hati pasangan yang sedia ada?. Kenapa ibadah poligami itu juga yang di sebut2?.
paling kesian, isteri seorang pun tak terjaga. Makan pakai cukup2 je. Kononnya hidup bersederhana. Tapi sibuk bercakap tentang poligami. Kalau setakat batin yang mampu tetapi zahirnya tidak, kenapa di turutkan sangat nafsu tu?.
Poligami itu sunnah nabi SAW. Tapi tengok lah bagaimana nabi berkahwin?.
1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
Poligami, sering dianggap satu subjek yang ‘taboo’. banyak berlakunya pergeseran pendapat yang agak ‘sengit’ dikalangan umat Islam sendiri jika kita ingin membincangkannya. Malah sering juga musuh Islam mengambil kesempatan mengecam Islam dan Nabi Muhammad kerana poligami.
apapun, semua berlaku perlu selari dengan iman bukan hanya dengan keperluan sendiri semata-mata. Jika ingin mengikut sunnah nabi SAW, maka ikutkan bagaimana baginda berkahwin dengan tujuan yang murni.
Rasulullah saw bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun telah meletakkannya sebagai role model yang bersifat multi dimensi dan holistik. Majoriti umatnya yang bermonogami boleh belajar bagaimana menghadapi seorang isteri dengan penuh kesetiaan. Bagaimana nabi menunjukkan cintanya kepada siti khadijah. Manakala minoriti umatnya yang berpoligami juga boleh menteladani Rasulullah dalam meratakan keadilan di kalangan isteri-isterinya. Bukannya hanya berkata itu sunnah tetapi tidak mencontohi sebenar-benar perkahwinan poligami yang di tunjukkan oleh Nabi SAW.
Tidak kira monogami atau poligami, lelaki yang beriman dapat mengendalikannya dengan baik. Ada yang berbahagia dengan seorang isteri… ya itulah yang normal. Namun, sekali-sekala terjadi juga yang kadang-kadang berbahagia pula dengan dua, tiga atau empat isteri. Allah Maha Mengetahui, di sebalik segala takdirnya, ada bahagia… sekiranya ada iman yang kukuh dan teguh di dada. Jika perkahwinan itu hanya 'menyedapkan' satu pihak sahaja, kenapa itu yang kita pilih.
Sekian...
“bahagiakan dirimu dengan satu isteri !"