home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday, 11 July 2013

Tutuplah aib mu dan sekelilingmu

assalamulaikum

dah masuk 3 ramadhan kan. 2 hari dah lepas. Alhamdulillah. semoga puasa kita diterima. Berpuasa ni bukan terhad pada makan dan minum je. Tapi byk benda lg, termasuk nafsu syahwat, nafsu nak menjoyah, nafsu nak membuang duit dan banyak cabang nafsu lah. Pendek kata, kalau puasa ni, segala jenis nafsu kita kena jaga.
Kalau dilihat dari sudut seorang manusia yang normal, berdasarkan pengalaman diri sendiri, nafsu makan dan minum ni senang je nak jaga. Tapi jalan nafsu yang lain tu, memang payah. sebab tu, waktu-waktu macam ni kita kena banyakkan beribadah atau sibukkan diri dengan kerja berfaedah. Sebab mulut memang kita boleh kawal dari makan tp fikiran masa tengah baring2 tu, macam2 yang boleh dtg tanpa diundang. Semoga puasa kita bersih dan diterima oleh Allah.
Minggu ni agak popular tentang kes seorang remaja upload video "couple 1 minggu" memang popular termasuk kat bilik guru tadi. Buka Youtube pun ramai buat parody pasal budak tu. Dan yang menariknya, ramainya manusia yang mengutuk remaja tersebut walaupun masih dalam waktu berpuasa. Itu juga sebahagian dari sifat "suka menjoyah".

Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani"

Lihatlah bagaimana Allah amat tidak menyukai kita mengata dan mencari keaiban orang lain. sememangnya apa yang dilakukan oleh remaja tersebut adalah tidak baik. tetapi jika dilihat dr sudut kita seorang remaja, fitrahnya manusia itu sangat rapuh. waktu usia begini, mereka hanya suka buat sesuatu yang seronok tanpa berfikir kesannya. dan kebanyakkan yang mengomen itu adalah golongan dewasa yang telah matang pemikirannya tetapi lupa dia perna berada dan zon kerapuhan tersebut. Umur remaja ni ibarat macam rotan yang belum cukup matang, nak cantas x boleh dah keras, sayang nak buang tapi nak ambil x boleh sebab tak cukup berkualiti lagi. Jadi kita yang dewasa ni seharusnya tidak lah menampakkan yang kita juga tidak cukup berkualiti dengan memberi nasihat dalam bentuk makian. Bukankah itu hanya memberi pedih dan kesedihan kepada orang yang terlibat dan jauh sekali akan memberi kesan yang baik kepada yang terlibat. Nak menyedarkan orang perlulah dengan cara yang lembut bukan dengan menyakiti kerana remaja tersebut bukannya seseorang yang menyebarkan fitnah kepada agama mahupun negara tetapi Cuma kesalahan adik tersebut yang bersifat kurang matang dan tertipu dengan diri sendiri yang inginkan cinta.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Di bulan Ramadhan ni, bahkan dibulan mana pun, berwaspada lah kita dengan setiap apa yang kita katakan. Kerana mengata keaiban orang lain adalah amat dibenci. Oleh Allah. Bahkan Allah suruh kita jaga keaiban diri sendiri dan orang lain. Jelas kepada kita berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 19

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Bukan rugi pun nak tutup aib orang lain, bahkan Allah akan jaga aib kita lagi.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Semoga remaja tadi dapat ikhtibar dan menjadi seseorang yang beriman dikala usia dewasanya sehingga ke Syurga

Buat adik-adiku yang masih remaja, semoga kamu mengambil iktihbar dengan hal ini

No comments:

Post a Comment