home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday, 5 August 2013

JOM MAKAN ( Rumpai laut*)

Assalamualaikum...

Baru selesai buka puasa. Makan banyak hari ni!. hari pertama buka puasa 1 keluarga, bersama adik tersayang. Hari ni umi masak sedap!. Kari ikan, sayur campur dan yang paling penting kegemaran 1 keluarga, iaitu Rumpai Laut!. Sangat sedap bila di makan dengan ikan panggang sebenarnya.
Kalau kat semenanjung, kita sukar nak cari rumpai laut yang pelbagai jenis. Tapi kalau kat sabah, macam-macam ada. Kalau orang yang tak biasa makan ni mesti kata pelik tapi sebenarnya tak pelik mana pun. Sama aje peliknya dengan cencaluk (kegemaran orang melaka) dan juga budu (kegemaran orang kelantan). Orang yang tak makan atau tak perna makan mesti kata pelik. Belum cuba, belum tahu lah kan.

Ini dia Acar Rumpai Laut yang umi dah siap buat.


Buah hati aku kata, macam pelik je benda ni. Dia nak tengok apa aku makan, aku BBM la kan.. Tapi dia tak perna rasa. memang tak tahu lah sedap mana kan. Okey, cara nak buat ni senang je. pertama sekali kena tahu, kat pasar ada dua jenis, kering dan basah. Biasanya, orang beli yang kering, lagi tahan. ada juga beberapa jenis rumpai yang tak ada di jual dalam bentuk kering. Jadi, agak susahlah untuk kita beli kalau kita nak bawa balik semenanjung. So, baik beli yang kering. Cara penyediaan yang kering ni ambil masa sikit. kita kena rendam semalaman. Mana boleh makan terus, nanti keras. Kalau rebus pula, nanti dia jadi agar-agar. mencair dan membetuk agar-agar.

Cara Penyediaan Acar Rumpai Laut.


  1. Ambil 50g rumpai atau 1 genggam. 1 genggam pun dan cukup untuk 5 orang. sebab masa kering dia kecut. Jadi lepas rendam dia kembang. Jadi banyak.
  2. Basuh dengan air asam jawa. Ramas-ramas. supaya hanyir hilang. Lepas tu basuh.
  3. Rendam dengan air paip selama semalaman. Maksudnya di sini, kalau plan nak buat lauk makan malam, awal pagi tu lagi dah basuh dan rendam. kalau plan nak buat lauk tengah hari, malamnya lagi dah kena basuh dan rendam.
  4. Dah rendam lebih dari 12 jam, baru boleh buat acar. Tapi sebelum tu basuh lagi sekali dan toskan.
  5. Letak rumpai tadi dalam mangkuk, perahkan sebiji limau nipis (lemon pun boleh), letak garam secukup rasa, hiris bawang merah kecil 2 biji, letak cili merah dan cili potong ikut tahap kepedasan korang nak dan sedikit msg atau aji-no-moto (kalau nak).
  6. hidang lah. baca bismillah dan Ngap!.

Kalau nak buat kerabu pun boleh. cara nya sama saja dari step 1-3, bezanya, yang step seterusnya je. boleh rujuk kat blog akak ni. Klik di sini. Yang tu akak tu campur ulam raja.
Tapi kalau buat kerabu letak mangga muda lagi sedap. Dah try.. cara sama macam resepi akak tu. bezanya, letakkan mangga lah kan.

Sapa nak kirim boleh je. aku tak lah bisnes benda ni. Tapi andai sesapa suruh aku beli, aku boleh tolong. Tapi kos pos dan harga, korang la yang tanggungkan. aku tolong beli dan pos je. haha...





shopping raya

Selamat hari ahad..

Hari ni aku agak penat sebab baru sampai ke kampung. Penat sangat-sangat dan mengantuk je rasa. 
Rasa janggal tidur kat bilik sendiri sebab lama tinggalkan bilik tidur ni. Dan paling penting,
aku dah mula rindu dengan Sarah (anak jiran).

Semalam, sebelum berangkat pulang.. fly-fly in de air.. aku dan member-member pi shopping raya dulu.
Beli baju.. dan lain-lain.. Sabah macam biasalah, popular dengan mutiara. Jadi adalah juga beli Brooch dari mutiara untuk saudara mara. Harap-harap depa suka...

Semalam penat tapi happy jugaklah. Yang tak happynya bila aku nampak tabiat sesetengah mak ayah yang pelik-pelik ketika membeli belah ni. Tahap kewarasan agak macam kureng sikit. Aku tak tahu lah sebab apa. Sebab puasa ke, sebab teruja tengok barang ke atau memang sedia tak waras. 
Masa mula aku masuk kedai tu, aku terdengar seorang ibu memaki anaknya. Kisahnya macam ni, si ibu tu masuk kedai jual kain, baju-baju dengan tudung bersama tiga anaknya. dua orang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki aku agak dalam umo 9-11 tahun dan yang perempuan aku agak baru 5 atau 6 tahun. Budak perempuan tu sedang pegang air dan sweet corn dalam cup tu. Dia makan dan minum sambil jalan. si ibu sibuk pilih tudung. Tapi dia tak pakai tudung masa tu. Nak taubat kot kan. ker trend zaman sekarang pakai tudung masa nak ke kubur. Ingat pula mati kan. Tak lama lepas tu aku dengan mak dia kata gini kat anak perempuan dia. "kan aku sudah cakap! buang lah itu air! anak tak guna. Buduh (bodoh) betul! basah nanti kedai ni!". Air yang di pegang oleh budak tadi terus di rampas dengan kasar dan si ibu bagi dengan anak lelaki dia yang paling besar tu. "nah! pegi buang ini air! buduh betul kamu ni!".Si abang tengok je adik dia dengan muka yang sedih. Dan dia pegang air tu. Tak sampai hati kot buang air adik dia. Budak perempaun tadi pula tahan je nak nangis. Mungkin dia malu nak nangis sebab ramai orang. Sakit pula hati aku tengok muka si ibu tu. Kenapa lah perlu marah anak dengan makian. Padahal ramai je aku tengok ibu bapa lain yang duduk kat luar kedai teman anak minum. Budak-budak mesti lah penat nak buat lawatan sambil belajar dari kedai ke kedai. aku yang dah tua-tua ni pun lenguh kaki. aku boleh pusing padang 10 kali tapi pusing 10 kedai aku dah semput. haha.. shopping memang agak bosan kot. hmmmm.... teringat budak kene maki tu lagi lah aku penat. Entah pape lah mak dia tu.

Dah lepas shopping tu, kami balik ke hotel. Penat. Nak mandi, solat, nak itu ini, sebelum turun berbuka. semasa nak ke hotel tu, kami jalan kaki je sebab parking susah nak dapat. tengah jalan tu, aku nampak budak comel yang tengah sibuk tengok ape tah kertas kat tangan dia. Mungkin dia dapat kat mana-mana lah tu. Umo baru 3 atau 4 tahun kot. dia tengok iklan-iklan kat dinding, dia macam fokus sangat. macam budak yang reti baca. kat depan ada mak dia yang tengah pegang baby. ayah dia jalan berlenggang je tak pegang pun tangan budak tu. Tiba-tiba sebab kusyuk sangat tengok iklan, budak tu terjatuh. tersungkur macam nak terbang. ayah dia terus berpaling, nak keraskan suara. "kenapa cuai sangat ni!. bangun!". budak tu bangun dengan muka yang sedih. Tapi tak nangis. Ayah dia tak bersihkan pun habuk yang kena kat seluar budak tu. Tak periksa pun sama ada budak tu luka ke tak. Terus je suruh budak tu jalan cepat. Dia macam nak marah. Tapi bila member aku tegur, "kesiannya dia..." dan senyum kat ayah budak tu, baru lah ayah dia macam senyum sikit. dan pegang tangan budak tu. Tu pun kejap ke. dah jauh nampak dia sibuk je tengok telefon. Sedih pula tengok. Series rasa macam nak nangis tadi. huhu.

Last sekali, aku pergi center point kota kinabalu. Aku nampak budak pusing-pusing nangis sebut mama-mama. mesti kes mak ayah shopping tak pegang anak. Anak pula nakal jalan sana-sini. anak nakal macam mana pun, tak boleh salahkan anak. sebab mereka tu budak kecik. yang dia tahu, bila dia tertarik dengan satu benda, dia akan pergi situ. itu je. Jadi ibu bapa yang dah dewasa kena peka dan awasi anak-anak lah. Kalau anak tu dah besar, boleh lah dia cari jalan pulang. Kalau yang kecil, apa je dia tahu. 

Kesimpulannya, janganlah terover masa shopping raya ni. Jangan sampai baju baru dapat, tapi anak berciciran.. Dan jangan biarkan kegilaan shopping anda menyebabkan gangguan mental pada anak anda. Anak akan terbentuk dengan apa yang kita tuturkan kepada dia.