home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 5 August 2013

JOM MAKAN ( Rumpai laut*)

Assalamualaikum...

Baru selesai buka puasa. Makan banyak hari ni!. hari pertama buka puasa 1 keluarga, bersama adik tersayang. Hari ni umi masak sedap!. Kari ikan, sayur campur dan yang paling penting kegemaran 1 keluarga, iaitu Rumpai Laut!. Sangat sedap bila di makan dengan ikan panggang sebenarnya.
Kalau kat semenanjung, kita sukar nak cari rumpai laut yang pelbagai jenis. Tapi kalau kat sabah, macam-macam ada. Kalau orang yang tak biasa makan ni mesti kata pelik tapi sebenarnya tak pelik mana pun. Sama aje peliknya dengan cencaluk (kegemaran orang melaka) dan juga budu (kegemaran orang kelantan). Orang yang tak makan atau tak perna makan mesti kata pelik. Belum cuba, belum tahu lah kan.

Ini dia Acar Rumpai Laut yang umi dah siap buat.


Buah hati aku kata, macam pelik je benda ni. Dia nak tengok apa aku makan, aku BBM la kan.. Tapi dia tak perna rasa. memang tak tahu lah sedap mana kan. Okey, cara nak buat ni senang je. pertama sekali kena tahu, kat pasar ada dua jenis, kering dan basah. Biasanya, orang beli yang kering, lagi tahan. ada juga beberapa jenis rumpai yang tak ada di jual dalam bentuk kering. Jadi, agak susahlah untuk kita beli kalau kita nak bawa balik semenanjung. So, baik beli yang kering. Cara penyediaan yang kering ni ambil masa sikit. kita kena rendam semalaman. Mana boleh makan terus, nanti keras. Kalau rebus pula, nanti dia jadi agar-agar. mencair dan membetuk agar-agar.

Cara Penyediaan Acar Rumpai Laut.


  1. Ambil 50g rumpai atau 1 genggam. 1 genggam pun dan cukup untuk 5 orang. sebab masa kering dia kecut. Jadi lepas rendam dia kembang. Jadi banyak.
  2. Basuh dengan air asam jawa. Ramas-ramas. supaya hanyir hilang. Lepas tu basuh.
  3. Rendam dengan air paip selama semalaman. Maksudnya di sini, kalau plan nak buat lauk makan malam, awal pagi tu lagi dah basuh dan rendam. kalau plan nak buat lauk tengah hari, malamnya lagi dah kena basuh dan rendam.
  4. Dah rendam lebih dari 12 jam, baru boleh buat acar. Tapi sebelum tu basuh lagi sekali dan toskan.
  5. Letak rumpai tadi dalam mangkuk, perahkan sebiji limau nipis (lemon pun boleh), letak garam secukup rasa, hiris bawang merah kecil 2 biji, letak cili merah dan cili potong ikut tahap kepedasan korang nak dan sedikit msg atau aji-no-moto (kalau nak).
  6. hidang lah. baca bismillah dan Ngap!.

Kalau nak buat kerabu pun boleh. cara nya sama saja dari step 1-3, bezanya, yang step seterusnya je. boleh rujuk kat blog akak ni. Klik di sini. Yang tu akak tu campur ulam raja.
Tapi kalau buat kerabu letak mangga muda lagi sedap. Dah try.. cara sama macam resepi akak tu. bezanya, letakkan mangga lah kan.

Sapa nak kirim boleh je. aku tak lah bisnes benda ni. Tapi andai sesapa suruh aku beli, aku boleh tolong. Tapi kos pos dan harga, korang la yang tanggungkan. aku tolong beli dan pos je. haha...





No comments:

Post a Comment