home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Monday 6 August 2012

Kenapa Hati Tak Gembira

"Aku balik kerja, terus hempas badan kat tilam. Sesekali aku mengeluh. Kenapa aku tak gembira ye?. Aku ada macam-macam, aku ada kerja yang baik, aku ada kereta walaupun tak mewah, aku ada keluarga yang bahagia, emm... pendek kata macam-macam aku ada. Tapi kenapa aku tak gembira?. Aku dah solat, aku dah doa tiap hari untuk di jauhi dari musibah dan di dekatkan dengan kebaikan. Tapi aku tetap tak gembira.."




Aku selalu merungut macam tu dengan kawan aku. Kadang-kadang aku selalu salahkan diri aku sebab memilih bidang yang bukan aku minati pada awalnya. Adakah kerana faktor pekerjaan membuatkan aku macam ni?. Aku selalu positifkan diri untuk mengatakan TIDAK!! ini bukan sebabnya!. Sebab aku bahagia dengan apa pekerjaan aku. Pekerjaan yang jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh tanggungjawab, maka, ia merupakan suatu ibadah kerana menjadi penyebar ilmu kepada golongan muda. Bukankah kerja ini sama seperti pekerjaan Doktor yang aku idam-idamkan tu? Bezanya, aku cuma pegang alat tulis, buku atau alat yang paling moden sekali, komputer riba. Doktor pula pegang alat-alat perubatan, ubat-ubatan dan kadang-kadang pen untuk tulis data pesakit. Apa pun yang mereka pegang, tugasnya sama saje, memperbaiki manusia dari segi fizikal dan mental.

Sekarang baru aku sedar, aku tak gembira kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku terlalu mengagungkan cita-cita lalu, sedangkan aku lupa, aku dah capai sesuatu yang mungkin menjadi cita-cita orang lain, tetapi dia tidak dapat kecapi. Bukankah aku sebenarnya telah terlalu hebat kerana mencapai sesuatu yang orang lain tidak mampu capai?. Ah! aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada! Dan pastinya aku akan gembira.

"Terima kasih ya Allah kerana beri aku semua ini. Rezeki yang Engkau beri kepadaku terlalu besar dan lebih dari keperluanku. Engkau juga beri aku masa yang cukup untuk aku beribadah. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat-Mu"


Perlahan-lahan aku imbas kembali, saat aku berdoa untuk di tenangkan hati. Tapi hati aku tetap tak tenang. Adakah Allah tak mahu memperkenankan doaku?. Aku dah minta sungguh-sungguh!. Tiap hari aku minta macam tu. Aku dah solat tiap hari.. 5 waktu sehari. 


"Tapi kenapa Engkau tidak mahu memperkenankan doaku Ya Allah?.. Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"..." Aku suka mengeluh dan mengeluh dan mengeluh..

Rupa-rupanya, bila aku ingat balik, Dia dah lama perkenankan doa tu, tapi sekali lagi, SEBAB AKU YANG TAK RETI NAK BERSYUKUR!. Aku nak di tenangkan hati, tapi aku tak pernah fikir bagaimana aku menjaga hati keluargaku, sahabatku dan orang sekelilingku. Bahkan, jiran tetangga pun belum habis aku kenali, Ikatan silaturrahim antara aku dan mereka sangat rapuh, bagaimana untuk ku berasa tenang dengan kelakuan aku sendiri?. Aku selalu berdoa sebab nak minta je, aku minta itu, aku minta ini, aku minta semualah, tapi tak pula aku reti minta ampun dari dosa-dosaku... Bagaimana untuk aku berasa tenang jika ada beban yang berat di bahu kiriku. Bahkan, habuk-habuk atau mungkin sampah besar dah banyak melekat dalam hatiku, lemaslah sang hati. Jadi, bagaimana untuk aku berasa tenang?? 


sekali lagi..  "Ya Allah... Terima kasih atas kesedaran yang Engkau berikan. Dan aku akan berusaha untuk Bersyukur dengan semua Nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku"







2 comments:

  1. saya pun rasa tak happy...tp sya bersyukur dgn apa yg sya ada...tetap juga hati sya tak tenang..tp bukan la selalu...kadang2...hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati kita tak tenang boleh jadi sebab banyak sebab. Tidak bersyukur cuma salah satu sebab. Hati tak tenang mungkin sebab apa yang kita telah lakukan atau apa yang kita makan, atau mungkin sebab ada amanah dan tanggungjawab yang kita tak sempurnakan. Sama2 muhasabah diri dan cari puncanya. Cerita di atas hanya berdasarkan apa yang berlaku kepada diri saya sendiri. ^_^

      Delete