home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Saturday 11 August 2012

Kenapa Kau Tak Nak Syurga?


Hari ni aku agak feeling-feeling gitu. Perasaan aku dari pagi lagi memang tak berape ngam. Aku rasa takde mood nak bangun sahur.. tak terasa nak mandi untuk pergi kerja, tak terasa nak mengkacakkan diri dan macam-macam lagi lah tak terasa. Ini mungkin sebab aku mimpi tak berapa nak best semalam.

"Mak, angah rindu giler kat mak!".

Tapi biarpun aku tak terasa apa pun, aku tetap kena paksa diri untuk bangun sahur. Sebab kalau tak, nanti aku takde tenaga nak kerja. Aku juga mesti mandi, sebab nanti pelajar-pelajar aku tak senang nak belajar. Dan aku juga kena kemaskan diri, sekurang-kurangnya sikat rambut supaya takda pelajar yang histeria akibat disampuk Jin.

Rutin harian di tempat kerja bermula seperti biasa. Merujuk jadual aku, seawal jam7 pagi dah ada kelas. Jadi aku pun bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab. Hari ni aku ada 4 masa je. Maksudnya jam9.30 pagi aku dah takde kelas. Biarpun kelas habis awal, macam biasa lah, pulang kenalah ikut para jemaah. Tak boleh lah sesuka hati nak balik awal. Kebetulan masa tu pengawas koperasi ada mesyuarat tahunan. Jadi takda siapa yang bantu kawan aku jaga koperasi. Biasalah, cikgu koperasi ni, waktu rehat je turun pangkat jadi pekerja koperasi. Aku yang kebosanan ni biarpun kerja berlambak ringan je kaki melangkah ke koperasi untuk bantu kawan tu. Sedapnya  tengok budak-budak tu minum. Sekolah aku majoriti pelajarnya adalah beragama bukan islam. Guru-gurunya sendiri pun separuh bukan islam.

Macam tu lah aktiviti aku hari ni. Jam 11.50 aku pulang rumah dan bersiap untuk solat jumaat.

Lebih kurang jam 1.30, selepas solat jumaat, aku terus jadi 'buaya darat' yang terdampar di ruang tamu di depan kipas. Dengan kain sarung yang di tiup angin kipas, aku menonton TV1 yang aku tak pasti rancangan ape tah, tetiba keluar slot seorang warga tua penghuni rumah orang-orang tua sedang di temuramah. Aaah... ini lah sebenarnya yang aku nak cerita. Panjang-panjang huraian aku kat atas tu, takde kaitan pun dengan tajuk kan. Sebab sebenarnya, ini lah yang aku nak cerita. Macam biasalah, Pendahuluan lain, isi-isi penting lain. Terbaiknye aku!.

Kembali kepada isi utama...


Dalam temuramah tu, pakcik tu cerita yang dia dibuang di rumah kebajikan tu selepas habis semua harta benda yang dicari waktu zaman mudanya di kebas oleh anak-anaknya. Bila dah dikebas, dia pun tak mampu lah sara diri sendiri. Sebab dia pun dah tua sangat, kudrat pun dah tak kuat. Ada juga makcik-makcik yang ditemuramah dalam slot tu dan pastinya air mata menjadi hiasan kepada temuramah terbabit.  Derasnya air mata pakcik dan makcik tu, sampai aku tak sedar lecun bantal aku. Bukan sebab air liur tau. tapi sebab air mata. Aku bukan nak cerita yang aku ni kiranya baik sangat sampai boleh tersentuh macam tu. Tapi aku nangis sebab, kenapa anak yang tak berguna macam tu sanggup buat macam tu kat ayah dan mak dia?.

Dulu, waktu aku bayi, pastinya aku tak reti buat ape pun, jadi aku yakin dan pasti, ibu bapa akulah yang membantu aku untuk aku membesar sehingga aku mampu buat apa yang sepatutnya aku buat sendiri. Aku pasti dan sangat yakin, ibu bapa aku lah yang memberikan aku makanan, minuman, basuh tahi berak dan kencing aku, mandikan aku dan semua-semualah. Aku juga pasti dan yakin, air dan makanan tu semua hasil titik peluh ayah yang membanting tulang untuk jadikan aku kanak-kanak yang gemuk dan sihat.

Jadi seyakin dan sepastinya semua orang akan dan telah melalui saat macam aku tu, kecuali anak-anak yatim lah. Tu pun, anak yatim tu, waktu kecil, ada tangan-tangan yang sungguh mulia telah membantu mereka. takdelah dia tetiba pandai urus diri sendiri. Takde bayi dalam dunia ni mampu basuh berak sendiri atau beli susu sendiri kat pasar raya. takde!. Nampak sangat nipunyer kalau kate dia reti buat macam tu.

Oleh itu, kenapa bila tiba giliran kita untuk suapkan ibu bapa kita makanan, basuhkan berak dan kencing mereka dan buat semua apa yang mereka tidak mampu tu, kita taknak buat?. Bukankah Allah menjanjikan syurga sekiranya kita berbuat baik kepada ibu bapa kita?. Bahkan, hanya menatap wajah ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang juga merupakan suatu ibadah..

Beruntunglah mereka yang ada ibu bapa sehingga mereka dewasa. Allah nak bagi mereka syurga melalui ibu bapa mereka. Allah nak uji mereka dengan keadaan ibu bapa mereka yang begitu dan begini. Jika mereka lulus, Allah akan bagi mereka hadiah berupa syurga yang sungguh indah. Tapi kenapa meraka tak nak syurga tu??. aku tak mampu bahagiakan Ibu ku, kerana dia terlebih dahulu meninggalkan ku. Pernah waktu aku masih di sekolah rendah, Ustaz kata, Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Aku menangis sepuas hati sambil peluk Along aku..

"Along, angah nak syurga juga. Tapi kita tak boleh masuk syurga sebab mak dah takde. Ustaz kate, syurga tu kat bawah kaki ibu..". Along pujuk aku dengan berkata, "Sebab tu kita kena doa banyak-banyak kat Allah supaya mak kita masuk syurga, bagi sedekah bacaan-bacaan al-Quran buat mak, nanti mak mesti akan ajak kita ke syurga nanti".

Kalau aku jumpa anak yang buang mak bapak diorang tu, aku cuma nak soal " kenapa kau tak nak syurga tu?"

Memang lah orang yang jaga mak bapa tu tak semestinya masuk syurga terus sebab mungkin ada dosa-dosa lain yang dia lakukan. Tapi yang pastinya, orang yang buang ibu bapa dia tu, pasti dan semestinya akan jejak neraka dahulu sebelum berangan nak ke syurga!.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..

    ReplyDelete