home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Friday 3 August 2012

Mencari Lailatul Qadar


Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Jadi, bila masuk azan maghrib jer pada petang ni, maknanya kita akan menemui hari ke 15 Ramadhan. InsyaAllah.. Maknanya lagi 5 malam akan masuknya malam yang di nanti-nanti. Malam yang penuh barakah dan lebih baik dari seribu bulan. Itulah malam yang di beri nama Lailatul Qadar.

Ramai yang suka sebut malam Lailatul Qadar, sedangkan Laila itu maksudnya malam. Jadi tak perlu lah sebut Malam lagi kan. Apakah yang di maksudkan dengan Lailatul Qadar?

Menurut Hamka, Qadar membawa dua maksud, iaitu yang pertama kemuliaan dan kedua bermaksud penentuan kerana pada malam itu lah bermulanya penentuan Nabi Muhammad memulakan langkah menyampaikan penunjuk kepada umat manusia. Pada malam itu juga lah, malaikat Jibril memperlihatkan dirinya kepada Nabi Muhammad di gua Hira'. Jadi, kalau kita gabungkan maksud Laila dan Qadar ni (Lailatul Qadar), ianya membawa maksud malam kemuliaan atau pun malam penentuan.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar:


Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
# Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
# Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
# Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Subhanallah, Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Maknanya lebih kurang 83 Tahun 4 bulan.. Berapa umur yang kita ada sekarang??. aku baru je 23 tahun 1 bulan 24 hari. belum tercapai pun 83 tahun 4 bulan tu. Dan sejujurnya bukan tiap malam dalam umur ku, aku beribadah sepanjang malam. Tapi hanya dengan 1 malam ni, iaitu Lailatul Qadar, kita akan mendapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Jadi, sama-samalah kita mencari Lailatul Qadar. Tapi, jangan lah beribadah malam tu je, semua malam pun kenalah beribadah, Mati tak kira malam kan.. :)

Untuk seimbang dunia akhirat, Berkerjalah seolah-olah kita nak hidup lagi seribu tahun. Kumpul harta banyak-banyak. Tapi Bila beribadah, beribadah lah bersungguh-sungguh seperti kita akan mati pada esok hari. Takut nak mati, jadi kumpul bekalan untuk akhirat banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment