home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday 13 June 2012

Kanser dan minda


Betul kata pensyarah aku dulu yang sakit tu sebenarnya dipengaruhi oleh minda kita. Contoh macam ni, bila seseorang pesakit kanser tu tak tahu dia ada kanser, dia akan berfikiran positif biarpun dia batuk-batuk sampai keluar darah. Sakit macam mana pun dia rasa, selagi dia tak tahu dia ada kanser, dia akan anggap tu sakit biasa je dan dia akan berkerja seperti biasa. Walaupun pada malam harinya dia tak dapat tidur sebab dada nye sakit dan nafas nye tak dapat di atur dengan baik, besoknya kalau dia dah rasa sihat sikit je, mesti dia akan bangun pergi kerja, senyum macam biasa dan buat rutin macam biasa lah.
Tapi, bila dia dapat tahu je dia menghidap kanser, terus je dia akan rasa down dan apa pun sakit yang dia rasa, dia akan kaitkan dengan kematian. Bila muntah darah je, dia akan kata... “oh, tak lama lagi aku dah nak mati”. Bahkan bila dia muntah air sirap kenduri petang tadi pun, dia akan anggap tu darah dan dia akan rasa dia akan bakal mati. Jika perkara ini telah masuk ke minda si pesakit tadi maka tahap motivasi nya untuk hidup akan menurun dan keinginannya untuk sembuh juga akan menurun.

Bagi orang yang tak sakit, mudahlah dia kata, “kena kuat! Tanam semangat tu! kamu pasti sembuh!”. Kalau pesakit kanser tu masih pada tahap rendah, macam tahap 1 dan 2, kata-kata tadi bolehlah diterima pakai. Tapi bagi mereka yang dah capai tahap 3 dan tahap akhir, kata-kata tadi sudah tidak bermakna bergantung kepada siapa yang menuturkannya. Banyak kes menunjukkan, pesakit-pesakit kanser ni boleh bertahan lama jika keluarga dan sahabat yang dia sayangi sentiasa menyokongnya. Lagi satu, jika seseorang itu, mendekatkan diri kepada agama, maka rohaninya akan bertambah kuat dan bila rohani dah kuat, fizikal akan rasa ada yang membantu, jadi fizikal juga akan berusaha untuk menjadi kuat.
Tipulah kalau waktu ada orang yang mula-mula orang dapat tahu dia menghidap kanser tu, dia tak sedih. Sedih kot. Kanser ni bukan penyakit biasa-biasa je. Tahap awal kanser tu dikesan, bolehlah makan ubat dan dirawat melalui pembedahan. Tu pun, kena tunggu 5 tahun selepas pembedahan, baru boleh disahkan bebas kanser. Tapi biasanya, kanser ni selalu dikesan bila dah masuk tahap pertengahan yang dah nak masuk tahap akhir. Kadang-kadang kanser ni dia senyap-senyap je. Dia tak rasa sakit pun. Contoh kanser hati. Tup-tup lagi dan final stage. Kalau kanser hati ni, lelaki lagi berpeluang besar menghidap penyakit ni. Kanser payudara pun sama. Senyap-senyap je. Kawan aku yang kerja doktor cakap, pada peringkat awal, tak rasa apa sakit pun kat payudara. Kadang-kadang perempuan pun konfius dia okey ke tak. Sebab kadang-kadang memang ada benjolan pada payudaranya tapi tu bukan kanser. Jadi dia selalu anggap kalau wujud lagi benjolan, tu pun bukan kanser. Tup-tup dah nak masuk stage 2.
Kalau dah sampai tahap akhir, soalan wajib yang nak bagi kat doktor tu adalah, “Dok, berape lame lagi saye boleh hidup?”. Sedih je nak bagi soalan yang kita tahu jawapannya kita pasti tak kan suka. Doktor pun akan bagi berapa anggaran waktu yang mungkin sampai tu je kita mampu hidup. Kebiasaannya doktor akan menambah, “Itu cuma anggaran, yang menentukan adalah Tuhan”. Betul tu, mati hidup semua kerja Tuhan. Doktor hanya lahir sebagai pengantara untuk membantu kita merawat penyakit kita, yang memperkenankan kita sihat, sakit, hidup atau mati hanya Allah. Tapi ape pun, kita kena jadikan anggaran tu sebagai tanda ingatan kita pada kematian jadi masa yang masih ada tu gunakanlah untuk beribadah, selesaikan tanggungjawab dan menikmati hidup dengan sebaik mungkin.
Memanglah kadang-kadang akan rasa sedih juga. Kalau sedih, nangis je lah. Dah siap nangis, mesti akan jadi okey. Menangis bukan menunjukkan kita lemah, tapi menunjukkan kita ada perasaan dan kita nak buang kesedihan tu melalui air mata yang keluar dari mata kita tu. biar kesedihan tu hanyut.
Ape pun, Hargailah masa yang kita ada. Hidup itu InsyaAllah tapi mati itu pasti. Cuma lepas ni, kenalah beringat selalu pasal mati. Selalu-selalu lah minta maaf. Takut tak sempat. Yang tak sakit pun kena buat macam tu juga. Sebab sakit tu hanya salah satu sebab kematian. Banyak lagi sebab untuk kita bertemu kematian.

Chop!
Kalau aku ada salah silap kat korang, korang maafkanlah aku. Mungkin aku dah rancak berbual sampai aku ada tersakit hati ke, tertipu sikit ke, termarah atau terkutuk ke, atau apa-apa jelah. Aku minta maaf sangat-sangat. Tolong maafkan salah aku yang sengaja atau pun yang aku tidak sengajakan”.

No comments:

Post a Comment