home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Wednesday, 10 April 2013

cerita tentang emosi


Hari ini awan macam gelap saja. Memang gelap pun. Suasana mendung. Sejak tadi rasa macam ada batu yang sedang menghempap badan aku. Terasa berat sekali. Sesekali hanya keluhan yang mampu aku lepaskan. Serabut sedikit sejak malam semalam.
Malam tadi kami bertengkar. Aku dalam kondisi yang tidak stabil sebab sedang memikir sesuatu yang berat. Dia datang tambah memberatkan kepala otak ku. Hilang sedikit rasa hormat dan jawapan rasional. Maafkan aku. Aku tak sengaja jawab kasar macam tu.
Sedang berbaring sambil memikirkan sesuatu. Tentang masa depan. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Tanda SMS masuk. Rasa malas nak baca tapi mana tahu ianya sesuatu yang penting. SMS dari dia.
“aahh!!”. Keluhan menyusur dalam mulut ku lagi. Terasa ada angin berat yang bertiup dari dada. Sesuatu yang ku kira tidak perlu di fikirkan. Tapi jari ku ligat juga membalas.

Kami berbalas SMS. Dari perbualan biasa kepada yang serius. Kami semakin masuk dalam zon amarah. EMOSI.

Dia sedikit beremosi. Ku kira dia terlalu ego dalam berbicara dalam bentuk huruf. Singkatan.

Dia marah aku tentang sesuatu yang sebenarnya aku tidak tahu. Salahkah aku ?.

Hampir setahun yang lepas.

Aku berkenalan dengan 2 orang gadis. Mereka adik beradik. Si kakak kelihatan lebih mesra manakala si adik kelihatan lebih matang dan menjaga tutur kata. Aku rapat dengan si kakak. Tapi dalam hatiku terselit rasa suka kepada si adik.  Si adik kerap menunjukkan sesuatu perkara yang seperti nak mengatakan “aku budak samseng”. Tapi aku tahu, dia bukannya berani sangat. Cuma dia mungkin mahu kelihatan kuat untuk melindungi dirinya. Entah kenapa, aku cukup tertarik dengannya.
Aku sering berkata sesuatu yang indah-indah dengan si kakak. Sarkastik kan ayat itu. Huh!.
Tapi kami hanya begitu. Benteng batas masih kami jaga. Dalam hubungan ada undang-undang. Wajib.

Satu hari, aku meluahkan hasrat kepada si adik. Tapi tiada respon. Bahkan, si adik selalu kata, aku seperti kawan-kawannya yang lain. Tapi aku tidak mengalah. Kadang-kadang sedikit rayuan berlapik aku tiupkan. Mungkin dia tidak faham atau mungkin dia sengaja tak mahu faham. Si kakak sering memberi semangat untuk aku mendekati si adik. Si kakak selalu kata adik dia juga suka pada aku. Tapi tidak sedikit pun rasa sayang di tunjukkan oleh adiknya. Mungkin dia terlalu menjaga. Wanita yang baik.
Memang dalam islam kita tidak boleh berkasih sayang dengan yang berlainan jantina dan bukan dalam kelompok muhrim kita. Tapi bila seorang lelaki atau perempuan suka kita. Dan dia meluahkan rasa hati, mungkin kita boleh bagitahu dia dengan jelas. Kita boleh tunggu dia. Kalau suka, kata suka. Kalau tak suka, bagitahu tak suka. Senang. Itu saja yang aku minta. Bukannya aku minta dia terima aku sebagai ‘kapel’ dia. Aku masih tahu adab berkawan. Tapi dia biarkan aku dengan jawapan yang kosong. Suka kah dia pada aku?. Yang aku tahu, dia kata, aku sama seperti kawan-kawannya yang lain.
Kalau si adik balik rumah, dia selalu tak mahu berhubung dengan aku. Kadang-kadang sedikit terasa. Seolah-olah aku diperlukan saat dia dalam kebosanan. Tapi tak apa. Mungkin ada sebab lain.
Hari berlalu. Sampai aku mengenali seorang gadis.

Kami berkongsi minat yang sama. Biologi. Medic. Kami jarang berhubung. Sebab dia selalu sibuk dengan pelajaran nya. Tahun terakhir di USM. Berbualan kami hanya melibatkan dunia perubatan. Sangat teruja dengan cerita-cerita yang di sampaikan olehnya. Seperti kanak-kanak yang seronok mendengar cerita penglipur lara. Bakal doktor yang suka berkongsi pengalaman. Dia dalam dunia yang telah ku lepaskan. Mungkin bukan rezeki ku. Atau Allah tahu, aku tidak sesuai menjadi seorang doktor. Hebat aturan-Nya.

Kami hanya begitu. Tapi entah bila aku mulai rapat dengannya. Cuma sedikit perkara yang aku tidak suka tentangnya. Dia seperti mengawal aku. Walaupun sebenarnya tidak. Mungkin aku tak biasa ada orang yang cuba nak ambil berat tentang ku.

Lama juga aku block dia dari Facebook. Kejam.

Hari berlalu. Tanpa aku sedar aku sedang menyakiti seseorang.

Masuk kembali peristiwa malam tadi.

Si  kakak sedikit beremosi memarahi aku. Aku mainkan perasaan adiknya. Aku mainkan banyak hati. Jujur aku tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Dia mengatakan aku sengaja menunjukkan kemesraan dengan si doktor di facebook untuk meraih perhatian. Perhatian siapa yang aku perlukan? Sedikit rasa lucu dengan tuduhan tersebut. Setahu aku, aku dah ‘private’ kan beberapa status dan gambar-gambar semata-mata untuk menjaga hati mereka. Macam mana boleh datang ungkapan minta perhatian tu??. Hebatnya boleh baca isi hati aku. Hahaha... ketawa dalam hati berdebar.

Si kakak kata, dia tahu apa yang adik dia rasa. Dia kenal adik dia. Kemudian aku bertanya, jika dia adalah kakak kepada adik nya, siapa aku pada adiknya?. Si kakak menjawab, “awak bukan siapa-siapa bagi dia”. Sedikit terasa pada jawapan itu. Teruknya kedudukan aku. Bukan siapa-siapa. Kedudukan kawan pun tidak ada kah?. Tapi tak apa. Sebab aku tahu, tuan badan anggap aku kawannya.  Nampak sangat si kakak dalam kondisi emosi tahap kritikal. Jika aku bukan siapa-siapa, sepatutnya si kakak boleh berfikiran secara nasional. Itu lah berbezaan taraf kami. Dia kakak. Dia mestilah faham atau mungkin buat-buat faham. Manakala aku? Aku bukan siapa-siapa. Mana mungkin aku akan faham isi hati adiknya.
Kenapa kau tak dapat bezakan perkara itu?. Komplikated sungguh!.
Si kakak kata, kalau aku sayang adiknya, kenapa aku tak tunggu adiknya?. Tapi aku hairan, macam mana aku nak tunggu adiknya kalau tuan badan tak pernah bagi respon?. Kalau aku suka Lisa Surihani atau Shila Hamzah, aku kena tungg diorang ke?. Kalau aku kahwin dengan orang lain, aku di kira permainkan hati Lisa Surihani ke? Hebatnya aku.
Kakak dia persoalkan lagi, kenapa adik dia yang aku buat begitu. Kenapa bukan orang lain? Jawapan aku ringkas saja. Sebab aku suka adik dia. Bukan orang lain. Dan bukan orang lain yang tinggalkan ruang kosong tu. Kenapa kau tak nampak dan nilai. Kalau orang lain suka kau. Lepas tu kau tak bagi respon dan orang lain tu jumpa orang yang boleh di buat isteri, agak-agak kau anggap orang tu pun permainkan hati kau ke? Adil ke begitu?. Jadi kami kena menunggu pada jawapan yang tak ada. Berharap pada takdir apa kesudahannya. Macam tu ke yang kau nak?. Aku pula masuk dalam zon emosi.

Kembali rasional.
Aku minta maaf pada si adik. Sumpah aku tak faham dengan perasaan kau. Aku minta maaf sangat kepada sesiapa yang telah aku sakiti. Mungkin aku tak sedar atau tak bijak memahami. Dari kecil, aku tak kan dapat apa yang aku nak. Yang aku tak nak, aku dapat pula. “fuhhhh”.
“Kebahagiaan ku sudah di rentap sejak mak dan abah bercerai. Mak dah meninggal. Abah dah bahagia bersama umi. Membesar tanpa keluarga yang lekat di rumah. Pembantu rumah dijadikan tempat bermanja. Belajar sungguh untuk jadi doktor. Tapi itu bukan pilihan hati si abah. Aku tinggalkan cita-cita demi kepuasan orang lain. Jatuh cinta pada orang yang bukan untuk ku. Menyayangi orang yang tidak mahu memahamiku. Menjaga kesihatan untuk hidup bebas tapi penyakit suka juga mengacah. Dugaan hidup”

****Aku hanya ingin bahagia.****

No comments:

Post a Comment