Lena sering terganggu memikirkan sesuatu perkara.
kadang-kadang terasa takut menempuh hari esok.
Adakah aku masih begini atau kekal begitu?.
perasaan yang bercampur aduk tanpa sedikit simpati pada hati yang tersiksa.
ketakutan semalam seakan kembali menghantui hari ini.
Melalui jalan gelap untuk mencari cahaya.
Syukur kepada-MU kerana memberi aku rasa.
Menjadi manusia yang berperasaan walaupun rasa itu pernah mati.
Perasaan nikmatnya memberi perasaan kepada seseorang.
Kadang-kadang dilihat indah tetapi yang merasa...
menanggung pedih. Cintakah itu?.
Sang hati seakan hanya terkandas dan terasa terlalu asing untuk kembali.
Memang keegoan sering menjadi peneman sang hati. Kerana itu perlu.
Di daerah asing itu, mementingkan diri seakan telah membunuh diri sendiri.
Adakah kerana masa lalu itu ?. Jujur aku takut memandang kembali ke belakang.
Zaman gelap yang memberi kesan kepada diriku. Sesuatu telah melangkah jauh meninggalkanku.
Di sudut malam itu, aku mula berbicara dengan Tuhan.
Pada-Nya ku cerita badi di hati.
Kadang hati terasa takdir ku terlalu rendah untuk mengapai sesuatu yang di langit.
Terasa angin telah membawa rasa itu pergi.
kerapnya empangan rasa yang terpendam pecah di depan-Nya.
Pendengar yang setia.
Mungkin tiada yang mampu mengerti setiap tarian jariku yang sedang mentafsir rasa…
kerana ia berselindung dibalik melankolik...
namun aku tahu DIA mampu memecahkan kod rahsia hati ini…
meskipun telah jauh waktu menjarakkan kita…
rasa yang memisahkan kita…
Dan aku sebenarnya hanya ingin mengagumi keindahanmu melalui sekeping hati tandus dengan kasih….
Cantiknya sepasang mata milik si dia...
No comments:
Post a Comment