home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Friday, 10 January 2014

'Kalau'


Hari ini kita melalui satu lagi hari yang baru.
Alhamdulillah.

Assalamualaikum dunia...

Hari ini syukur kepadaMu, aku memulakan hari dengan bahagia
Redup mentari hari jumaat, membuat aku selesa menempuhi hari.
Tapi tak semua orang pada saat ini sedang tersenyum.

Ada yang menangis kerana kehilangan...
Ada yang gusar kerana masalah...
Ada yang sedang meriuk menahan sakit..

Bagi yang sedang enak berjalan, bernafas dengan lancar,
duduk dengan aman, berbaring dengan fikiran yang lapang..
Bersyukurlah... kita sedang mengecapi nikmat.

Tapi bagi yang sedang berat fikiran dengan sesuatu,
kata-kata rungutan mudah terpancul.
Laju.. lancar... tiada lapisan...
Perkataan yang sering keluar adalah 'kalau'.

"Kalaulah aku tak buat..."

"Kalaulah aku tak mulakan..."

"Kalaulah aku tak pergi..."

kalau lah itu.. kalau lah ini..
macam-macam 'kalau'.
Menyesal itu satu perkara yang baik.
Kerana dengan menyesal, kita terbuka kepada taubat.
Tapi sebenarnya ada dua jenis 'kalau' yang perlu kita ambil berat.

Pertama : "Kalau aku buat macam tu"
Kedua : "Kalau lah aku tak buat macam ni"

Ayat di atas macam sama tapi sebenarnya akan membawa kepada maksud yang berbeza. Antara ayat pertama dah kedua, ayat pertama adalah sebenarnya 'penyesalan' yang perlu kita amalkan. Faham tak ?. tak kan.. sebab ayat macam putar belit sangat. Maklumlah, adik aku kata, aku ni macam 'bangla'.
Ayat pertama ni sebenarnya wujud selepas kita berfikir. Sebab tu kita akan fikir, "Kalau aku buat macam tu, apa kesannya?. apa akan jadi ? ". Sepatutnya, bermula dari sini lah kita mulakan penyesalan kita. Sebelum kita lakukan sesuatu. Fikir tentang natijah, kesan, atau ironinya.

Ayat kedua adalah majoriti orang guna. Termasuk aku lah. Dan sepatutnya kita perlu tinggalkan perkara yang boleh buat kita berkata begitu. Atau masuk dalam situasi itu. Kita sering bertindak mengikut kemahuan kita tanpa berfikir. Selepas melakukannya dan kita mendapati kita berada dalam keadaan yang bermasalah atau kesannya tidak baik kepada kita atau orang sekeliling kita, kita mula berkata, "Kalau lah aku tak buat macam ni, mesti takkan jadi macam begitu dan begini". Ketika itu, semuanya telah terjadi. Dan kita hanya perlu menempuhi ironi dari perbuatan kita. Adakah penyesalan kita itu masih berguna ?. Bagi ku, penyesalan sudah tidak berguna tapi pengajaran daripadanya akan mematangkan kita. Kita juga akan belajar satu perkara baru, "Bagaimana kita nak selesaikan masalah itu".

Dulu aku selalu merungut.
Aku berkata, "Kenapa aku buat begitu. kalau aku tak buat kan bagus !"
Rupanya sebenarnya perkara itu tidak baik.
Kerana setiap yang berlaku itu telah menjadi qada dan qadar kita.
Sesuatu yang telah terjadi dan menjadi ketentuan Allah.
Jika kita merungut, sebenarnya kita telah menyalahkan takdir Allah.
Sedangkan Allah memberi kita masa untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu.
Tewasnya aku kepada keinginan sendiri.
Kadang-kadang aku tak tahu di mana aku letak akal ku.
Yang aku tahu, aku mahu 'itu'.
Tapi aku lupa setiapa yang kita mahu, ada sesuatu titipan dari Allah.
Mungkin berupa dugaan, kerana mahu menguji sabarnya kita.
Mungkin juga berupa keselesaan, kerana ingin menguji kesyukuran kita.

Semoga kita menggunakan 'kalau' hanya selepas kita berfikir.

1 comment:

  1. Kalau merujuk perkara negatif. Apakata, kita ukar perkataan 'kalau' kepada 'jika'..erna tengah berusaha juga. :) Saya balas kunjungan anda yek....dan follow penulisan cerita anda..:)

    http://alongwawaerna.blogspot.com

    ReplyDelete