home photo HOME.png"/> tips photo BLOGGERdanApa-apatipslah.png kes photo KESHARIINI.png

Thursday 28 November 2013

Cara Solat Wanita Yang Sedang Menunggu Proses Kelahiran

Cara Solat Wanita Yang Sedang Menunggu Proses Kelahiran


Assalamualaikum.


Oleh kerana my sister-in-law ( Bakal ). Yang bernama Eton (bukan nama sebenar). Ingin melahirkan zuriat sulungnya tidak lama lagi, maka saya ingin berkongsi mengenai cara solat wanita yang sedang sakit nak bersalin. Dengan kata lain, sedang menunggu waktu kelahiran tersebut. Menurut seorang ustaz (kawan sekerja), ramai ibu-ibu meninggalkan solat pada waktu genting tersebut. Ini kerana, kesakitan yang dirasai ketika ‘bukaan’ belum cukup sesuai untuk bersalin membuatkan si ibu terlupa akan kewajipan tersebut. Selain itu, solat juga ditinggalkan kerana darah serta air ketumban yang sedang keluar tetapi saat melahirkan belum tiba. Ada ibu yang terpaksa menanggung sakit seharian dan solat juga seharian terabai. Ada juga wanita yang keliru, adakah mereka boleh solat sedangkan darah telah mula mengalir. Perlu diingat darah yang keluar ketika itu adalah masih di kira darah penyakit (istihadah) atau darah yang keluar akibat kesakitan. Hukumnya sama seperti kita sedang luka. Darah keluar dan darah itu tidak menjatuhkan kita untuk boleh meninggalkan solat.

*Mohon pembetulan bagi mereka yang lebih mahir dan tahu soal ini.

Situasi menanti proses bersalin dilihat tidak sesuai untuk solat. Ini kerana, dalam menanti ‘bukaan’ belum sesuai untuk bersalin, si ibu pasti sukar untuk bangun. Keadaan tilam juga mungkin kotor akibat darah, air kencing dan air ketumban. Dua perkara yang menyebabkan wanita keliru, tempat yang kotor dan keadaannya yang tidak mampu berwuduk. Di Sini lah Suami atau saudara yang menemani perlu memainkan peranan mereka untuk membantu isteri menunaikan kewajipanya. Ingat!, Bersalin itu seperti telur dihujung tanduk. Mungkin jatuh ke lantai. Ada yang terus tidak sedar selepas melahirkan. Oleh itu, kita kena menjaga hubungan dengan Allah. Bimbang kita tidak lagi sempat untuk membayar solat kita. Peranan suami pada ketika ini adalah amat penting. Suami perlu membantu isteri sekurang-kurangnya mengelap darah atau kotoran yang ada pada isteri. Atau jika keadaan sukar, sekurang-kurangnya melapikkan tempat isteri atau pakaian isteri dengan kain bersih. Sesudah itu, tolong isteri mencurahkan air sedikit sekurang-kurangnya isteri mampu mengelap anggota wuduk. Tidak perlu air sebaldi, cukup sebotol mengikut keadaan isteri.

Walau bagaimanapun, sekiranya si ibu berseorangan ataupun suami atau keluarga lain gagal membantu, wanita tersebut masih boleh menunaikan solat . Sekiranya doktor tidak membenarnya si ibu bergerak kerana keadaan yang membahayakan ibu dan bayi, si ibu masih boleh menunaikan solat tanpa perlu berwuduk ataupun membersihkan pakaiannya. Situasi ketika ini adalah dikira darurat. Dan ketika darurat, Allah membenarkan kita melakukan sesuatu kewajipan mengikut kemampuan kita sahaja. Dengan kata lain, diharuskan sesuatu yang haram bagi kita. Namun perlu diingat, berusahalah semampu mungkin sebelum meletakkan diri dalam situasi darurat. Ayat 286 dari surah al-Baqarah boleh dijadikan rujukan tentang keharusan tersebut,

Maksudnya: “Allah tidak menyukarkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”.



Cara mengambil wuduk dalam keadaan ini adalah mengambil yang wajib sahaja dan cukuplah sekali setiap anggota. Cara solat yang boleh dilakukan adalah berbaring. Ataupun jika mampu duduk, solat cara duduk juga boleh dilakukan. Pada waktu ini, si suami perlu peka pada keperluan si isteri dan sentiasa mengingati isteri tentang waktu solat. Selagi belum keluar bayi suami mestilah memainkan peranannya sebagai ketua yang mampu membimbing isterinya. Jangan pula dengan suami-suami sekali baring sebab sama-sama berdebar. Ish3...

Tetapi setelah bayi keluar, darah yang keluar bersama bayi itu dikira nifas atau wiladah. Maka, keluar darah nifas termasuk dalam keharaman bersolat. Oleh itu, hanya ketika itu si ibu boleh meninggalkan solatnya.

Harap jelas kepada bakal ibu tentang situasi tersebut. Mulakanlah memahami cara solat baring dan duduk dengan betul. Ini kerana, situasi menunggu proses tersebut pasti tidak semudah yang difikirkan. Buat Para suami, luaskan kuasamu, mainkan perananmu.



Khas buat sister n brothr in-law (bakal)





No comments:

Post a Comment