Islam itu luas. merangkumi semua perkara. Dalam islam tak semestinya ada politik. Tapi dalam politik, MESTI ada Islam!. kalau tak ada, nanti kepimpinan jadi tak betul. Masing-masing ikut undang-undang sendiri. Sebab tu pentingnya kita menyokong orang yang menegakkan agama. Islam adalah untuk semua manusia. Manakala melayu hanya untuk melayu. Buanglah sifat perkauman dan peganglah tali persaudaraan. Iaitu Islam. InsyaAllah semua hak akan terjaga bila Islam yang di juangkan.
Menjaga kaum sendiri itu memang di tuntut tapi menjaga persaudaraan seagama itu adalah satu kewajipan. Ramai orang kerap mendengar ceramah mengikut siapa yang si penceramah itu sokong. Kalau berlainan puak, apa pun yang di kata sudah tidak betul. Padahal ilmu yang di turunkan itu sama saja. Berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab tu saya kata, dalam islam tak semestinya ada politik. Sebab tu Allah sediakan telinga terus sambung maklumat ke akal. Supaya telinga kita tidak hanya mendengar. mendengar.. mendengar.. Tapi juga menapis dan fikir kebaikan dan keburukkan.
Kesian tengok sesetengah Ustaz dan Penceramah yang di hentam teruk. Puak sana menghentam, puak sini menghentam. Tapi yang peliknya, golongan cetek ilmu lah yang lantang bersuara. Sedangkan para ilmuan seperti Tok Guru, hanya memberi teguran yang cukup berhemah. Itu lah bezanya antara tin kosong dengan tin penuh isinya. Baru di baling sedikit, bunyinya satu rumah boleh dengar.
Facebook, twitter, blog dan lain-lain rangkaian sosial menjadi medan untuk meluah rasa tidak puas hati. Ramai yang memberi pendapat. Ada juga sekadar meluah rasa. Meletakkan diri sebagai golongan yang di tindas itu memang sakit. Kita bermain dengan emosi. Sehingga gagal melawan perasaan. Tapi itu bukan menjadi sebab untuk kita menjadikan Tokoh Ilmuan Agama sebagai bahan untuk di kritik.
Saya suka Ustaz Kazim (UKE), walaupun dia di gelar sebagai Ustaz Duit. Saya suka Ustaz Azhar Idrus (UAI), walaupun dia di gelar ustaz yang suka cakap bodoh. Saya suka ustaz Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin (Dr. Maza) Walaupun dia di gelar ustaz wahabi. Kerana mereka semua ada ilmu yang berguna. Mereka hanya manusia, tidak sempurna. Tapi jasa mereka selalu di timbus oleh kelemahan mereka. Mereka semua datang dari puak politik berbeza tapi yang samanya mereka, adalah Islam. Perjuangan mereka sebagai pendakwah tidak semua orang mampu pikul. Tomahan diberikan tapi senyumana yang mereka balas. Ilmu dikongsikan. Kadang-kadang ada bicara mereka yang tersimpang maksudnya. Mungkin dari 10 ucapan, 1 tersilap. Tapi yang satu itu lah menjadi bahan tomahan. Bahan ketawa. Bahan mempersenda. Kita lupa lagi 9 ilmu yang dikongsikan. Yang buat hati kita tersentuh. Yang buat kita lebih kenal Pencipta. Yang buat kita menitiskan air mata taubat. Lupa semuanya kerana kesilapan yang satu.. Kata-kata makian mencurah-curah...
Bukanlah kita ini tak boleh mengkritik. Boleh sangat. Ini kerana kritikal adalah salah satu proses pengajaran dan pembelajaran bagi orang yang mengkritik dan di kritik. Tapi ramai orang suka mengkritik dengan cara makian, hinaan dan pelbagai cara negatif lagi. Padahal mereka sesama ulama, pendakwah, Ustaz berpelukan selepas membahaskan sesuatu. Tegurang mereka juga agak pedas bagi sesama mereka. Namun mengaibkan sesama mereka, tidak sama sekali.
Tegurlah cara baik. Jangan sampai di padang Mashyar nanti, urusan kita tak selesai sebab merangkak cari orang yang kita maki untuk minta maaf. Di dunia boleh lah taip ucapan maaf kat Fb. Atau kalau nak bajet popular sikit, panggil wartawan. Mohon maaf. Kalau kat SANA nanti, nak buat macam mana tu?.
Sokonglah perjuangan agama Islam yang sebenar-benar Islam dengan cara yang baik dan bukan hanya politik. Bersatulah kerana Islam. Dan berpolitik lah kerana Islam. Kita bukan mahu kuasa kepimpinan sebab nak kan kekayaan. Tapi kita perlukan kuasa kepimpinan supaya kita boleh guna kuasa itu untuk tegakkan hukum Allah supaya hak Saudara sesama Islam itu terjaga.
Sama-samalah kita menjaga akhlak kita. Supaya islam itu terangkat nilai keindahannya di mata manusia yang belum memeluk islam.
No comments:
Post a Comment